Thursday, May 14, 2009

Perkhemahan Kem UPSR 2009




Perkhemahan Kem UPSR buat julung kalinya telah diadakan pada 14- 16 Mei 2009.Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar,En.Abu Bakar Ismail pada jam 8.30 pagi (14 Mei 2009 bertempat di tapak perkhemahan .Menurut Penyelaras Program,(En.Che Zaidi bin Abu Bakar-Penyelaras UPSR SKBT) program ini adalah salah satu program ke arah mencapai 20 orang 5A UPSR.Target pertama program ini ialah mensasarkan pencapaian OTI 2 ,yang dijadualkan pada 20 Mei 2009.Turut menjayakan program ini ialah Tuan Hj.Zakaria bin Muhamad(Penyelia Kanan Unit Sek Rendah-PPD Besut) yang juga bekas murid tua sekolah ini.Kecaknaan beliau terhadap sekolah ini amatlah dihargai.
Pada pagi Sabtu ,16 Mei 2009-Kursus LDP diadakan di Makmal ICT SKBT.Kerjasama semua guru dan kakitangan amatlah dihargai dalam menjayakan program yang berlangsung selama dua hari ini.

No comments:

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved