Monday, September 16, 2013

Terima Kasih

Terima Kasih En. Nik Mohd Reduan Bin Muhamad yang telah tamat tempoh bertugas di sekolah ini kerana menggantikan Cg. Roslinda Md. Din. Semoga ilmu yang dicurahkan kepada murid-murid sekalian dapat dimanfaatkan. Kami warga SKBT mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya di masa hadapan.
Ucapan Cg Reduan..

Cenderamata buat Cg Reduan

Saturday, September 14, 2013

Tahniah

Program Pewaris Permainan Tradisional Sempena Program Jelajah Merdeka 2013, telah diadakan pada 7 September 2013 di Dataran Air Tawar, Besut. Pihak sekolah telah menghantar wakil untuk pertandingan Ketingting dan Batu Seremban.
Alhamdulillah, wakil sekolah dalam acara Ketingting telah menjadi Juara. Mereka terdiri daripada:
Wan Muhammad Azizie Bin Wan Mohd Noor
Muhammad Aiman Naim Bin Abdullah
Muhammad Aiman Nulhakim Bin Ismail
Manakala tempat ketiga dalam acara Batu Seremban dimenangi Norul Alfatihah Bt. Abd Ghani

Tahniah kepada semua..







Monday, September 9, 2013

Keazaman Kita...

Harapan dan Keazaman kita semua.....

MAJLIS RESTU ILMU UPSR

Satu Majlis Restu Ilmu telah diadakan tengahari tadi untuk calon-calon UPSR 2013. Majlis telah dihadiri oleh Guru Besar dan barisan pentadbir, guru-guru serta calon-calon UPSR sekalian..
Kami para guru merestui segala ilmu yang telah diberi dan berdoa agar semua calon akan membuat sehabis baik dalam peperiksaan esok..























Friday, September 6, 2013

Solat Hajat UPSR

Kami memohon kepadaMu ya Allah..semoga ikhtiar dan usaha kami diberkati...
Terima kasih Ustaz Lokman ,guru/staf SKBT serta ibu bapa dan pelajar sekalian...







Ustaz Lokman




Ucapan Tuan Guru Besar..


...menjamu selera



Tuesday, September 3, 2013

Temu Murni UPSR

Program Temu Murni bersama-sama ibu bapa dan guru-guru telah diadakan bertujuan untuk memaklumkan program-program terakhir UPSR dan juga berbincang tentang prestasi calon-calon UPSR. Pihak sekolah juga berbincang dengan ibu bapa untuk mendapat kerjasama mereka dalam memastikan kesihatan anak-anak terjaga dan terjamin..Pihak sekolah juga berharap agar pihak ibu bapa dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak mereka menjelang peperiksaan UPSR pada 10, 11 dan 12 September depan..



Pendaftaran Ibu Bapa



Ucapan Wakil Ibu Bapa




PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved