Tuesday, December 2, 2008

MESYUARAT STAFF KALI PERTAMA 2009 (3/1/2008-SABTU)

Mesyuarat Staff kali pertama akan diadakan pada 3/1/2008(Sabtu).Semua staff diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut.Kehadiran semua staff amatlah diharapkan demi kelancaran perjalanan persekolahan 2009.

Monday, December 1, 2008

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha.Selamat mengerjakan Ibadah Korban,Semoga ibadah kita diterima Allah Taala HendakNya.Kepada semua warga sekolah,murid-murid,PIBG,ibu bapa SelamatHari Raya Aidil Adha.

5 PELAJAR SKBT DAPAT 5A UPSR 2008

Tahniah kepada 5 pelajar SKBT 2008 yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun ini,mereka ialah adik Huzaifah bin Mohd Nasir,Umi Hajjaj binti Alizam,Mohd Sarifuddin bin Salleh,Mohd Azhan bin Nizan dan Zulhilmi bin Zakaria.Semua warga sekolah mengucapkan berbanyak tahniah dan syabas.Semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang untuk lebih cemerlang di masa hadapan.Tahniah dan Syabas!!!

Sunday, November 2, 2008

CERAMAH KESIHATAN 2008


Tahniah dan syabas kepada semua tenaga penggerak AJK Kesihatan,SKBT kerana berjaya mengadakan Ceramah Kesihatan untuk sessi persekolahan 2008.Menurut setiausahanya,Pn.Suhaila-aktiviti ceramah ini merupakan aktiviti tahunan untuk mendedahkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam menjalani kehidupan seharian kepada pelajar.Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Besut ini,banyak memberikan input yang baik kepada murid-murid.
.........Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Sunday, October 26, 2008

Lawatan Berinformasi ke Kuala Lumpur & Melaka



Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong,akan mengadakan lawatan berinformasi ke Kuala Lumpur dan Melaka.Lawatan ini merupakan aktiviti untuk murid tahun enam setelah tamat menduduki UPSR 2008.Rombongan dijangka bertolak pada 30 Oktober 2008 dan akan kembali semula pada pada 2 Sept.2008.Peserta rombongan yang terdiri daripada 40 orang murid akan melawat Putrajaya,Sekitar Kuala Lumpur,Shah Alam dan Ke Bandaraya Melaka.

Tahniah dan Syabas kepada, Cikgu Ruzimi,Cikgu Roslizah,Cikgu Sharifah Aini,dan Ustaz Rosyamuddin serta semua tenaga kerja lawatan ini.Sesungguhnya kerja kuat anda sememangnya patut dipuji dan dihargai.Sesungguhnya kejayaan pasti ada dugaan,ingatlah dalam apa jua perancangan ada pihak cuba menggagalkan hasrat murni ini.

Menurut penasihat khas program ini,En.Azmi Abdullah,sebagaimana berkata"Sememangnya program ini merupakan satu program yang baik,anggapalah ini satu hadiah kepada murid kita selepas UPSR,dalam apa jua program biasalah ada pihak yang irihati,dengki dan sebagainya..anggaplah itu dugaan".

Sekali lagi,Tahniah dan Syabas kepada Guru Besar,GPK 1,GPK Hem,GPK KK dan semua yang memberi sokongan dalam menjayakan program lawatan ini.

Wednesday, July 16, 2008

Selamat Kembali Betugas.......


Warga SK BUKIT TEMPURONG,dengan bangganya mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada 3 orang kuat SKBT yang akan mengikuti kursus KDP 14Minggu di INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN.Kepada Cikgu AZMI,Cikgu Mohd Roslee,Cikgu Abd Rashid ..Selamat kembali bertugas di SK Bukit Tempurong.Mereka bertiga adalah antara yang bertuah daripada 250 peserta yang telah tamat berkursus pada 24 OKT 2008,Kursus yang telah berakhir pada 24 Okt 2008,akan disusuli dengan pengajian diperingkat ijazah yang akan dikendalikan oleh BPG-OUM.
Semoga mereka bertiga berjaya dalam hidup...Apapun Tahniah dan Syabas.

Monday, July 14, 2008

PENERAJU SKBT.....


Perhimpunan mingguan merupakan medan untuk guru-guru dan pelajar untuk menyampai dan menerima mesej .Penerimaan seharusya berlaku dua hala,guru dan murid.Apapun pengisian perhimpuanan mingguan hendaklah disempurnakan sebaik mungkin,agar masa yang digunakan untuk sessi perhimpuan tidak dijadikan medan untuk guru berleter.
Dalam hal ini,guru bertugas seharunya lebih bersedia setiap kali perhimpunan.
Gambar di atas di rakam selepas perhimpuan sempena hari guru yang lepas(16 Mei 2008 ),SELAMAT HARI GURU.......DI SEKOLAH SAMA -SAMALAH KITA BERGANDING BAHU UNTUK MENGHASILAKAN IMPAK YANG BAIK KEPADA ANAK DIDIK KITA...

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved