Latihan Larian Cergas 2015 telah diadakan selama dua hari mulai 19-20 Januari 2015. Para pelajar yang terlibat telah ditunjukkan laluan-laluan yang akan diikuti semasa pertandingan sebenar nanti. Murid-murid telah menunjukkan semangat yang tinggi semasa latihan diadakan. Terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan yang terlibat.
Selamat Datang kepada semua guru ke Mesyuarat Guru kali pertama sesi 2015. Mesyuarat diadakan jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama dan dipengerusikan oleh Guru Besar Puan Sarimah Bt. Ismail.. Terima kasih kepada semua yang hadir..
Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat 5A dalam UPSR 2014 lalu.. Anda hebat dan anda telah buktikannya.. Terima kasih juga diucapkan kepada YB Mohd Iskandar Bin Jaafar yang telah menyampaikan anugerah tersebut kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam UPSR lalu.. Semoga kecaknaan YB itu akan menguatkan semangat dan iltizam semua pelajar amnya dan pelajar-pelajar di Zon Jabi khasnya...
Alhamdulillah, pendaftaran pelajar-pelajar nampaknya berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih kepada semua Guru Kelas/ Wakil Guru Kelas yang telah bertungkus lumus menjalankan pendaftaran pelajar...
Kami warga SK Bukit Tempurong mengucapkan Selamat Datang kepada Puan Guru Besar yang baru iaitu Pn. Sarimah Bt. Ismail. Semoga di bawah kepimpinan beliau, SKBT terus maju dan cemerlang...
Tahniah kepada semua calon UPSR yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, ini bukan titik noktah dalam mengejar ilmu..berusaha lagi di sekolah menengah pula..
Tahniah kepada 6 orang pelajar yang mendapat 5 A....