Satu majlis ringkas menerima GPK HEM baharu , PN. WAN SALINA BT WAN ABDUL RAHMAN telah diadakan pada tengahari 14.1.2016 (Khamis). Warga SKBT mengucapkan selamat datang kepada beliau semoga pengalaman di SK Nail akan dapat diteruskan di SKBT.. SELAMAT BERTUGAS..
LARIAN MERENTAS DESA 2016 telah diadakan sebagaimana berikut. Tahniah kepada semua guru dan kakitangan SKBT. Tahniah juga kepada semua murid yang telah menyertai larian ini.
Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wakil PPD Besut, En.Nordin Bin Husain kerana telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta yang berjaya.
Tahniah kepada semua murid Tahun Satu yang telah melalui Minggu Transisi dengan jayanya. Terima kasih juga kepada semua guru yang telah menjayakan Minggu Transisi ini dengan baiknya.
Satu majlis perpisahan buat pertukaran GPK HEM Cg. Zamri Bin Mohd Nor telah diadakan pada Rabu : 6 Januari 2016 di Dewan Gemilang SKBT. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK Kuala Besut 2, Besut, Terengganu.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan semoga sumbangan bakti beliau kepada anak bangsa akan berterusan di tempat baharu nanti..