LARIAN MERENTAS DESA 2016 telah diadakan sebagaimana berikut. Tahniah kepada semua guru dan kakitangan SKBT. Tahniah juga kepada semua murid yang telah menyertai larian ini.
Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wakil PPD Besut, En.Nordin Bin Husain kerana telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta yang berjaya.
Thursday, January 14, 2016
Wednesday, January 13, 2016
MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI
Tahniah kepada semua murid Tahun Satu yang telah melalui Minggu Transisi dengan jayanya. Terima kasih juga kepada semua guru yang telah menjayakan Minggu Transisi ini dengan baiknya.
Friday, January 8, 2016
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. 1437 H
Perpaduan Nadi Transformasi Negara
Itulah tema sambutan pada tahun ini. Sempena majlis tersebut, pihak sekolah telah mengadakan ceramah di Dewan Gemilang SKBT.
Thursday, January 7, 2016
MAJLIS PERPISAHAN PERTUKARAN GPK HEM
Satu majlis perpisahan buat pertukaran GPK HEM Cg. Zamri Bin Mohd Nor telah diadakan pada Rabu : 6 Januari 2016 di Dewan Gemilang SKBT. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK Kuala Besut 2, Besut, Terengganu.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan semoga sumbangan bakti beliau kepada anak bangsa akan berterusan di tempat baharu nanti..
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan semoga sumbangan bakti beliau kepada anak bangsa akan berterusan di tempat baharu nanti..
Sunday, January 3, 2016
PERHIMPUNAN PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2016
Sesi Perhimpunan pagi yang pertama untuk sesi persekolahan 2016 telah dapat dijalankan dengan lancar. Pn. Guru Besar dan Guru Bertugas Mingguan telah memberikan ucapan aluan kepada semua pelajar SKBT..
TAKLIMAT PROGRAM TRANSISI dan SOLAT HAJAT
Taklimat program Transisi kepada ibu bapa pelajar Tahun 1 telah disampaikan oleh Pn.Sarimah Bt. Ismail [GB] dengan dibantu oleh guru Tahun 1 iaitu Pn. Zakiah Bt. Ali dan Pn. Siti Samerah Bt. Hj. Basri.
Solat Hajat sempena hari pertama pembukaan sesi persekolahan 2016 juga telah selamat diadakan di surau sekolah. Terima kasih kepada para ibu bapa dan guru-guru serta murid-murid. Semoga tahun 2016 ini akan terus mencemerlangkan SKBT...

Thursday, December 31, 2015
PENDAFTARAN PELAJAR 2016
Pendaftaran pelajar untuk semua kelas telah diadakan pada 31.12.2015 (Khamis) mulai 8.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi.
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah membuat pendaftaran..
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah membuat pendaftaran..
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved