Monday, February 2, 2015

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2015

Tarikh.  : 29 - 31 Januari 2015 (Khamis-Sabtu)

Masa.  : 2.30 ptg untuk pendaftaran

Tempat.  : Pusat Ko Kurikulum, Alor Lintang, Besut, Trg.






Majlis Menghantar GPK KK...

Tarikh. :  26 Januari 2015 ( Isnin )

Masa. : 12.00 tengahari


TAHNIAH  kepada Cg. Nik Kamariah Bt. Kasim kerana telah dinaikkan pangkat ke GPK KK di SK Anak Ikan , Besut, Terengganu.

Kami warga SKBT mendoakan agar Cikgu Nik akan dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan cemerlang..

Walaupun telah bertukar, diharapkan kenangan bersama kami di SKBT akan tetap dikenang sampai bila- bila. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan jasa yang telah dicurahkan kepada warga SKBT..hanya Allah jua yang dapat membalas segala-galanya...

SELAMAT BERPISAH DAN SELAMAT BERTUGAS....






SAMBUTAN MAULUD NABI S.A.W. PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 29 Januari 2015 ( Khamis )

Masa. :  8.30 pagi


Tahniah kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.





Tuesday, January 20, 2015

LATIHAN LARIAN CERGAS 2015

Latihan Larian Cergas 2015 telah diadakan selama dua hari mulai 19-20 Januari 2015. Para pelajar yang terlibat telah ditunjukkan laluan-laluan yang akan diikuti semasa pertandingan sebenar nanti. Murid-murid telah menunjukkan semangat yang tinggi semasa latihan diadakan. Terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan yang terlibat.









Tuesday, January 6, 2015

MESYUARAT GURU 2015

Selamat Datang kepada semua guru ke Mesyuarat Guru kali pertama sesi 2015. Mesyuarat diadakan jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama dan dipengerusikan oleh Guru Besar Puan Sarimah Bt. Ismail.. Terima kasih kepada semua yang hadir..





Saturday, January 3, 2015

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG UPSR 2014 DUN JABI

Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat 5A dalam UPSR 2014 lalu.. Anda hebat dan anda telah buktikannya.. Terima kasih juga diucapkan kepada YB Mohd Iskandar Bin Jaafar yang telah menyampaikan anugerah tersebut kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam UPSR lalu.. Semoga kecaknaan YB itu akan menguatkan semangat dan iltizam semua pelajar amnya dan pelajar-pelajar di Zon Jabi khasnya... 

Selamat Maju Jaya.....







Thursday, January 1, 2015

HARI PENDAFTARAN PELAJAR 2015

Alhamdulillah, pendaftaran pelajar-pelajar nampaknya berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih kepada semua Guru Kelas/ Wakil Guru Kelas yang telah bertungkus lumus menjalankan pendaftaran pelajar...





PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved