Sunday, July 20, 2014

PERCUBAAN UPSR 2014

Maka bermulalah Peperiksaan Percubaan UPSR mulai 21.7.2014 (Isnin) hingga 23.7.2014 (Rabu). Seramai 58 calon UPSR sekolah menduduki peperiksaan kali ini.. semoga pelajar semua sentiasa tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan baik. Ingatlah pesanan-pesanan yang telah diberikan semasa dalam dewan peperiksaan dan jawablah dengan sehabis baik... Semoga Berjaya nanti....




TRAGEDI MH17

Kami warga SKBT mengucapkan takziah kepada waris penumpang yang terkorban dalam nahas MH17..Kita berharap agar pihak-pihak yang menyebabkan tragedi ini berlaku akan dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sewajarnya...

Bendera dikibar separuh tiang....


Wednesday, July 2, 2014

SELAMAT DATANG SELAMAT PERGI...

Selamat Datang diucapkan kepada Pn. Rozlin Bt. Ibrahim, GPK KK yang baharu daripada SK Keluang, Besut, Terengganu.
Anak nyonya menuju pekan,
          Bawa bakul si bunga tanjung,
Selamat datang kami ucapkan ;
          Budi Tuan rasa nak junjung,


Selamat bertukar dan berpisah buat Tn. Hj. Mustafa Bin Said ke SK Tanah Merah, Besut, Terengganu.. Jasamu dikenang dan Terima Kasih.....
Berkejar-kejaran ombak dilaut
Menyentuh pantai berpasir bersih
Budi tuan disebut-sebut
Kerja selesai dan terima kasih.



MAJLIS PERTUKARAN GPK KO KURIKULUM

Majlis pertukaran Tn. Hj. Mustafa Bin Said GPK KK telah diadakan dalam suasana yang sederhana di Dewan Gemilang.. Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru iaitu di SK Tanah Merah, Besut, Terengganu. Warga SKBT mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan yang telah dicurahkan selama beliau berada di sini.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.





Sunday, June 22, 2014

Ribut.....

Angin kuat dan kencang telah melanda kawasan sekolah pada petang Ahad 22.6.2014. Beberapa keping atap bumbung di blok bangunan baru telah tercabut dan terjatuh. Beberapa keping atap yang jatuh telah terkena pada sebuah kereta milik Ustaz Rosyamudin Afendi dan menyebabkan cerminnya pecah.. Walau bagaimanapun tiada kecederaan lain berlaku. Para pelajar pada masa kejadian diarahkan berada dalam kelas masing-masing...




SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS..

Warga SK Bukit Tempurong ingin mengalu-alukan kedatangan 2 orang guru yang telah bertukar ke sekolah ini mulai Jun 2014. Semoga kedatangan mereka akan dapat membantu meneruskan agenda-agenda yang telah dirancang selama ini.
Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada :

1.   En. Zamri bin Mohd Nor daripada SK Padang Landak, Besut, Trg
2.   Cik Natrah Bt. Mat Abd Ghani daripada SK Kuala Jengal, Dungun, Trg.


Sunday, June 15, 2014

Terima Kasih Cigku Li...

Mulai 1.6.2014, bertukarlah Cikgu Mohd Roslee Bin Mohd Noor ke SK Apal, Besut, Trg.  Warga SKBT amat terasa kehilangan beliau yang telah banyak menyumbangkan perkhidmatannya kepada sekolah dan masyarakat sekitar. Beliau telah berada di Sekolah ini lebih 20 tahun dan banyak khidmat bakti yang telah dibuat kepada sekolah dan pelajar-pelajar semasa perkhidmatannya di sini.
Kami warga SKBT berdoa agar beliau akan terus menabur bakti kepada anak bangsa walau di mana jua beliau berada dan kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan yang telah ditaburkan kepada SK Bukit Tempurong.  Hanya Allah jua yang dapat membalasnya......

Terima kasih Cikgu Li........

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved