Sunday, June 22, 2014
Ribut.....
Angin kuat dan kencang telah melanda kawasan sekolah pada petang Ahad 22.6.2014. Beberapa keping atap bumbung di blok bangunan baru telah tercabut dan terjatuh. Beberapa keping atap yang jatuh telah terkena pada sebuah kereta milik Ustaz Rosyamudin Afendi dan menyebabkan cerminnya pecah.. Walau bagaimanapun tiada kecederaan lain berlaku. Para pelajar pada masa kejadian diarahkan berada dalam kelas masing-masing...
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS..
Warga SK Bukit Tempurong ingin mengalu-alukan kedatangan 2 orang guru yang telah bertukar ke sekolah ini mulai Jun 2014. Semoga kedatangan mereka akan dapat membantu meneruskan agenda-agenda yang telah dirancang selama ini.
Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada :
1. En. Zamri bin Mohd Nor daripada SK Padang Landak, Besut, Trg
2. Cik Natrah Bt. Mat Abd Ghani daripada SK Kuala Jengal, Dungun, Trg.
Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada :
1. En. Zamri bin Mohd Nor daripada SK Padang Landak, Besut, Trg
2. Cik Natrah Bt. Mat Abd Ghani daripada SK Kuala Jengal, Dungun, Trg.
Sunday, June 15, 2014
Terima Kasih Cigku Li...
Mulai 1.6.2014, bertukarlah Cikgu Mohd Roslee Bin Mohd Noor ke SK Apal, Besut, Trg. Warga SKBT amat terasa kehilangan beliau yang telah banyak menyumbangkan perkhidmatannya kepada sekolah dan masyarakat sekitar. Beliau telah berada di Sekolah ini lebih 20 tahun dan banyak khidmat bakti yang telah dibuat kepada sekolah dan pelajar-pelajar semasa perkhidmatannya di sini.
Kami warga SKBT berdoa agar beliau akan terus menabur bakti kepada anak bangsa walau di mana jua beliau berada dan kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan yang telah ditaburkan kepada SK Bukit Tempurong. Hanya Allah jua yang dapat membalasnya......

![]() |
| Terima kasih Cikgu Li........ |
Sunday, May 18, 2014
Sekitar Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program sambutan hari guru peringkat sekolah.
Friday, May 9, 2014
KEM CAKNA CEMERLANG UPSR 2014
Kem tersebut telah dirancang dan diadakan mulai 8.5.2014 hingga 10.5.2014. Semua pelajar tahun 6 diwajibkan menghadiri Kem ini. Penceramah-penceramah jemputan juga telah dijemput untuk memberi bimbingan kepada semua peserta Kem. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penceramah yang telah sudi memberi bimbingan kepada para peserta. Kepada semua guru juga diucapkan berbanyak terima kasih kerana telah membantu menjayakan program ini.
Semoga Kem ini banyak memberi kefahaman dan faedah kepada semua pelajar..
MAJLIS TAMAT PRAKTIKUM
Terima kasih diucapkan kepada semua guru praktikum di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga selama menjalani praktikum di sini, banyak ilmu yang telah diperolehi dan dipelajari.
TERIMA KASIH, semoga menjadi guru yang inovatif, kreatif dan dedikasi..
Sunday, April 20, 2014
SKBT JUARA BOLA SEPAK ZON JABI
Tahniah kepada para pemain dan guru-guru yang telah merealisasikan kejuaraan SK Bukit Tempurong dalam Kejohanan Bolasepak SR Zon Jabi, Besut tahun 2014..
Ribuan terima kasih juga kepada YB JABI dan KPPD Besut kerana telah sudi hadir menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyampaikan hadiah dan piala kejohanan...
SYABAS dan TAHNIAH...
Ribuan terima kasih juga kepada YB JABI dan KPPD Besut kerana telah sudi hadir menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyampaikan hadiah dan piala kejohanan...
SYABAS dan TAHNIAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved