Wednesday, May 15, 2013

Suasana Hari Guru Sekolah













SELAMAT HARI GURU 2013

Selamat Hari Guru buat semua guru SK Bukit Tempurong khasnya dan kepada semua warga guru Malaysia amnya..Semoga Hari Guru tahun ini dengan tema 1 MALAYSIA: 1 ASPIRASI 1 AGENDA, menambahkan semangat kita untuk terus menabur bakti kepada anak-anak kecil yang senantiasa dahagakan ilmu untuk berjaya sama ada di dunia dan hari kemudian.. Marilah kita sama-sama berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi..



Tuesday, May 14, 2013

Persiapan Pra Hari Guru 2013

Esok seluruh warga guru akan menyambut Hari Guru 2013. Sebagaimana biasa persiapan kearah perayaan tersebut sibuk diatur oleh guru-guru..tidak ketinggalan juga para guru di SK Bukit Tempurong..

Berikut beberapa keping foto persiapan untuk perayaan esok yang sempat dirakam..Terima kasih kepada semua guru..anda yang terbaik!!



Solat Hajat

Alhamdulillah solat hajat sempena peperiksaan pelajar-pelajar Tahun 6 khasnya dan pelajar lain amnya telah selamat diadakan semalam. Solat hajat dan bacaan Yaasin telah diketuai oleh Yg.Berbahagia Ustaz Lokman. Guru-guru dan kakitangan sekolah,pelajar tahun 6 serta ibubapa telah hadir pada majlis tersebut. Turut hadir ialah Pengerusi PIBG serta ahlijawatankuasanya.

Guru Besar dalam ucapan beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah hadir. Semoga usaha murni ini akan dapat membantu semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan pertengahan penggal yang akan diadakan pada minggu depan.

Monday, May 13, 2013

Guru-Guru dan Staf Sekolah

Penggambaran pra Hari Guru 2013..
Guru-Guru & Kakitangan

Sunday, May 12, 2013

Pra Ujian Transformasi 2013

Pra Ujian Transformasi 2013 akan diadakan pada 13 dan 14 Mei 2013. Ujian ini diadakan sebagai latihan persediaan untuk menghadapi Ujian Transformasi sebenar yang akan diadakan mulai Ahad minggu depan.
Adalah diharapkan semua pelajar Tahun 6 dapat menjawab ujian ini dengan sebaik mungkin sebagai persediaan awal.
Selamat berusaha dan menjawab soalan..


PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved