Friday, June 22, 2012

2 Guru SKBT Naik Pangkat.....Tahniah.

Dua guru SK Bukit Tempurong telah dinaikkan pangkah sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.Cikgu Azmi Abdullah,mula bertugas di sekolah ini pada 16 Jun 2001.Merupakan seorang guru yang berdedikasi.Di sekolah ini beliau telah ditugaskan sebagai guru data,penyelaras makmal komputer sekolah.Beliau juga merupakan guru sains UPSR yang sangat disayangi murid.MM&BSMM peringkat negeri.Diperingkat PPD Besut beliu merupakan JU Epantau PPD Besut,JU SMM,JU Buku Teks,JU Sismakan,Disamping diamanahkan sebagai Penasihat Laman Sesawang SM IMTIAZ Besut.Kehilangannya disekolah ini diibaratkan bagai hilangnya sebutir permata.Apapun selamat bertugas di sekolah baru.Selamat bertugas di SK LKTP Tenang(1.4.2012). Cikgu Ab Rashid Abd Rahman merupakan seorang guru yang berdedikasi.Merupakan seorang setiausaha sukan sekolah yang tidak pernah mengira waktu untuk bertugas.Sekolah adalah dunianya.Sepanjang beliau bertugas disekolah ini,banyak aktiviti sukan dan permainan yang dipertandingkan telah menjadi johan.Di peringkat PPD ,beliau merupakan AJK Sukan daerah,disamping melibatkan diri secara aktif dalam semua jenis sukan sebagai Pengadil/Pegawai sukan.Di peringkat JPNT beliau merupakan Juru Latih @ Wasit Pencak Silat .Beliau pernah bertugas sebagai Wasil/Jurulatih Silat di peringkat kebangsaan dan peringkat MRSM seluruh Malaysia. *Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah,selamat bertugas di sekolah baru*

Friday, May 4, 2012

Guru Penyayang Murid Berkualiti

Guru Penyayang Murid Berkualiti KUALA TERENGGANU - Slogan baru Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu " Guru Penyayang Murid Berkualiti " telah dilancarkan dengan rasminya oleh En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Majlis Pengarah Bersama-sama Kepimpinan Sekolah Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER) pada pagi ini. Majlis berkenaan telah dihadiri oleh semua Ketua Sektor, Pegawai Pelajaran Daerah, Wakil IPGM, BTPN, Pegetua, Guru Besar dan juga pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sebelum itu semua kepimpinan sekolah telah diberi taklimat khas oleh En. Ismail bin Ibrahim dari Bahagian Sukan KPM berkaitan "1Murid 1Sukan" Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucaptama bertemakan " Hasrat dan hala tuju Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu" telah menjelaskan kejayaan pendidikan Terengganu dalam pelbagai bidang seperti akademik, kokurikulum dan Program Tranformasi Pendidikan Negera (NKRA) berasaskan kekuatan-kekuatan yang ada seperti sokongan kerajaan negeri, kekuatan kepimpinan sekolah, sokongan ibubapa dan masyarakat, pegawai JPNT dan PPD yang kominted serta perancangan pendidikan yang mantap. Beliau berharap melalui slogan baru " Guru Penyayang Murid Berkualiti " ianya mampu menjadi fokus dan teras pelaksanaan perancangan dan pelaksanaan program melalui pendekatan menghidupkan sifat serta watak " Guru Penyayang " yang sebenar-benarnya agar dengannya mampu melahirkan " Murid Berkualiti" secara holistik sumber:Unit Rendah JPNT

Thursday, March 8, 2012

Pelarasan Gaji Berkuatkuasa 1 Jan

Pelarasan Gaji Berkuatkuasa 1 Jan

PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Khamis akan berkuatkuasa 1 Jan tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Katanya ia berdasarkan kepada perbincangan Cuepacs dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini di mana pengumuman itu dibuat.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui pemberita selepas itu.

Pada perhimpunan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.

Omar berharap pengumuman itu disambut baik 1.4 juta penjawat awam dan tiada lagi suara tidak puas hati sebaliknya mereka perlu membalas keperihatinan kerajaan dengan bekerja lebih rajin serta berusaha meningkatkan produktiviti.

Mengenai penubuhan suruhanjaya yang akan turut disertai wakil Cuepacs untuk mengkaji secara menyeluruh perkhidmatan awam Malaysia, beliau berharap suruhanjaya itu akan memberi tumpuan kepada tuntutan Cuepacs yang lain.

Mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) beliau berkata, PTK kekal dimansuhkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini dan diganti dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata pengumuman Perdana Menteri itu turut menggembira kaum guru.

"Ia jelas menunjukkan golongan pendidik tetap diberi keutamaan oleh kerajaan kerana kenaikan pangkat tidak perlu menunggu masa yang lama iaitu selama 10 tahun," katanya.

Kerajaan mengumumkan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang dimumkan dalam Bajet 2012.

-- BERNAMA

Friday, February 24, 2012

Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian bagi murid di bawah KPM. Sehubungan itu, dipohon kerjasama Guru Data SMM untuk mengambil tindakan segera berdasarkan Surat Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah. Mohon juga dirujuk Manual Pengguna yang disertakan. Semua maklumat perlu dilengkapkan pada atau sebelum 28 Februari 2012.

Pautan Pangkalan Data Murid -
http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia.

Pertanyaan, sila hubungi Guru Data SK BUKIT TEMPURONG,CIKGU AZMI ABDULLAH(017-9637618).

Wednesday, December 14, 2011

TELITI TAWARAN SBPA

4 Disember 2011


Utusan Malaysia
14/12/2011



IPOH 13 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggulangi gesaan supaya kakitangan awam tidak terburu-buru menandatangani surat tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan kakitangan awam tidak teraniaya dengan tawaran SBPA.

"Kalau kakitangan awam terima surat tawaran SBPA dalam tempoh terdekat ini, mereka perlu membaca dengan teliti dalam tempoh dua minggu sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penerangan SBPA di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.

Omar berkata, jika ada ketua jabatan yang membuat ugutan terhadap kakitangan awam utnuk memaksa mereka menandatangani tawaran SBPS, mereka boleh membuat aduan kepada CUEPACS.

Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara akan diberikan tempoh dua minggu bermula 15 Disember ini untuk berfikir sebelum menandatangani tawaran SBPA.

Monday, October 10, 2011

INTIPATI ISI PEMBENTANGAN BAJET 2012


INTIPATI ISI PEMBENTANGAN BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion

Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion

Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion


  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.


Peruntukan rancakkan pembangunan

Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.


Kereta hibrid

Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.


RM1 bilion untuk sekolah

Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.

RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).


FELDA Global Ventures Holdings

Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.


Yuran sekolah

Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.


Pencen

Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.


Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.


Polis

RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.


Keluarga tentera

RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.


Subsidi

Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35


Skim rumah pertama

Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.


Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.


Subsidi rumah

Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.


Teksi persendirian

Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.


Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.


Simpanan persaraan – KWSP

Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.


Pinjaman TEKUN

Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.


Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.


Meringankan Kos Sara Hidup

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.


Rancangan Tebatan Banjir

Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved