Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul


Pertingkatkan Amal Perbanyakkan Selawat......

Sunday, February 7, 2010

Wednesday, December 2, 2009

Salam Perpisahan....


Dalam dunia pendidikan waima dalam apa jua perkhidmatan kita tidak akan terlepas dari pertukaran.Pertukaran lumrah hidup.Pertukaran ke sekolah baru,akan menambah kawan baru.Pertukaran juga akan memberikan kita guru besar baru,sekolah baru,dan pendek kata semua baru.Selamat bertukar ke sekolah baru kepada cikgu-cikgu kita yang akan bertukar ke sekolah baru.Cikgu Che Zaidi bin Abu Bakar akan bertukar ke SK Seberang Jerteh,Cikgu Roslizah akan bertukar ke SK Alor Lintah dan Cikgu Rohani Mamat akan bertukar ke SK Teluk Ketapang,Ktg.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ketiga-tiga cikgu yang akan bertukar,jasa baik,khidmat bakti cikgu akan kami kenang.

Ucapan kami semoga:Semoga berbahagia di sekolah baru.

Catatan:Dimana-mana pun kita ditugaskan kita kan sentiasa bergelar cikgu...ingat kita bukan tukang kebun..

Wednesday, October 14, 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009

Perkhemahan Tahunan SKBT akan diadakan pada 20,21 dan 22 Oktober 2009.Perkhemahan ini adan disertai oleh murid tahap 2 yang terpilih dari empat unit beruniform iaitu PMSM,PENGAKAP,PUTERI ISLAM dan TKRS.Perkhemahan ini akan dirasmikan oleh Tn.Guru Besar SKBT.Perkhemahan in akan diadakan di Padang SKBT.

Kepada semua guru dan kakitangan kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan untuk menjayakan perkhemahan ini.

Wednesday, July 29, 2009

PROGRAM CERAMAH KECEMERLANGAN SBT 2009

JADUAL PROGRAM KECEMERLANGAN SBT 2009

SKBT akan mengadakan PROGRAM CERAMAH KECEMERLANGAN SBT 2009,bermula esok 30/7/2009 dan 1/8/2009.Program ini dianjurkan oleh Unit HEM,dibawah sub unit Skim Bantuan Tuisyen .Program ini akan dikendalikan oleh penceramah-penceramah pakar dan mahir dalam bidang masing-masing.

Peperiksaan OTI 4 / PERCUBAAN UPSR 2009



Peperiksaan OTI 4 dan PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2009 yang sedang dijalankan sekarang adalah bertujuan untuk mengesan dan mengenalpasti penguasaan murid.Bagi murid tahun 6,peperiksaan percubaan ini akan dijadikan kayu pengukur untuk UPSR sebenar.Kepada semua guru jadikan peperiksaan ini untuk menilai murid dan menilai tahap p&p kita.
Salam maju jaya..........Andalah yang terhebat.....

Musim Buah-buahan di SKBT


Musim buah-buahan muncul lagi.SKBT mempunyai kebun buah-buahan sendiri.Bila muncul musim buah bermakna "makan buah free" murid-murid dan kakitangan di SKBT.Antara buah yang sedang lebat berbuah ialah rambutan,duku,langsat dan durian.Setakat hari ini,hanya rambutan sahaja yang masih ada.Selamat berkunjung ke SKBT...kalau nak rambutan percuma.Terhad kepada 10 pelawat yang bertuah sahaja.

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved