Kelas Tambahan Masa cuti semester pertama adakan diadakan pada minggu pertama.Kelas tambahan ini juga dikenali sebagai Program Cuti Terancang.Kerjasama ibu bapa amatlah diharapkan untuk memastikan anak-anak hadir ke program ini.
Jadual Program Cuti Terancang: KLIK DI SINI
Saturday, May 30, 2009
Monday, May 18, 2009
Friday, May 15, 2009
KURSUS LDP SIRI 1/2009
Kursus LDP siri 1/2009 telah diadakan pada 16 /05/2009 ,di Makmal Komputer SK Bukit Tempurong.Kursus ini dihadiri oleh semua guru dan staff sokongan SKBT.Kursus ini dirasmikan oleh GPK 1,YM Tengku Zainal bin Raja Kadir.Tajuk kursus kali 1/2009 ini bertajuk"Literasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran"untuk slot 1(8.00-10.00pagi)disampaikan oleh En.Azmi Abdullah(Penyelarasa ICT SKBT).Selepas rehat kursus ini diteruskan dengan slot kedua bertajuk"Pengurusan MS POWER POINT dalam pembelajaran dan pengajaran-dikendalikan oleh En.Che Zaidi bin Abu Bakar(10.30-12.30tgh).Selepas rehat dan solat Zohor,Slot ketiga bertajuk"Hamparan Elektronik(MS EXCELL) dalam pendidikan disampaikan oleh En.Shamsul Badri bin Abdullah(2.30 -4.00 petang.Kursus ini berakhir jam 4.30 petang .
*SELAMAT HARI GURU*
****GURU PEMBINA BUDAYA BANGSA****
*SELAMAT HARI GURU*
****GURU PEMBINA BUDAYA BANGSA****
Thursday, May 14, 2009
Perkhemahan Kem UPSR 2009
Perkhemahan Kem UPSR buat julung kalinya telah diadakan pada 14- 16 Mei 2009.Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar,En.Abu Bakar Ismail pada jam 8.30 pagi (14 Mei 2009 bertempat di tapak perkhemahan .Menurut Penyelaras Program,(En.Che Zaidi bin Abu Bakar-Penyelaras UPSR SKBT) program ini adalah salah satu program ke arah mencapai 20 orang 5A UPSR.Target pertama program ini ialah mensasarkan pencapaian OTI 2 ,yang dijadualkan pada 20 Mei 2009.Turut menjayakan program ini ialah Tuan Hj.Zakaria bin Muhamad(Penyelia Kanan Unit Sek Rendah-PPD Besut) yang juga bekas murid tua sekolah ini.Kecaknaan beliau terhadap sekolah ini amatlah dihargai.
Pada pagi Sabtu ,16 Mei 2009-Kursus LDP diadakan di Makmal ICT SKBT.Kerjasama semua guru dan kakitangan amatlah dihargai dalam menjayakan program yang berlangsung selama dua hari ini.
Monday, May 4, 2009
Sunday, April 26, 2009
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34/SESSI 2008-2009

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34(sessi 2008/2009) dijadualkan akan dilangsungkan pada hari Rabu,29 April 2009.Mesyuarat Agung kali ini akan dirasmikan oleh YB. Haji Ramlan bin Ali, A.M.T., P.J.K (Adun JABI).Semua warga SK Bukit Tempurung dan semua ibu bapa dijemput hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung kali ke 34 ini.Menurut setiausaha PIBG,SK Bukit tempurong,En.Abdul Rashid bin Ab Rahman,"mesyuarat kali ini adalah antara yang terbaik akan dilaksanakan".Menurut beliau lagi YB. Haji Ramlan bin Ali, A.M.T., P.J.K (Adun JABI)akan merasmikan blog rasmi SK Bukit Tempurong iaitu
http://skbukittempurong.blogspot.com
Wednesday, April 15, 2009
BOLA BALING MSSM DAERAH BESUT
15 April 2009, pasukan bola baling Zon Jabi telah berjaya menjadi johan Kategori lelaki dan perempuan dan naib Johan dalam Kategori lelaki bawah 12 tahun. Tahniah kepada jurulatih,pengurus, guru - guru dan pemain. harapan semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk kejayaan yang lain dalam bidang akademik dan ko - kurikulum.semoga tahun2009 menjdi titik permulaan Zon Jabi untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved

