Saturday, March 7, 2009

Selamat Berkrusus KDP 14.....


Warga SK Bukit Tempurong,sekali lagi kehilangan dua guru yang berkaliber dan berdedikasi untuk 3 bulan kerana mengikuti Kursus KDP 14 Minggu di bawah PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN ANJURAN BPG - OPEN UNIVERSITY.Cikgu Shamsul Badri dan Ustaz Rosyamuddin Afenddy .Mulai berkursus pada 14 Feb.2009.Selamat Berkursus.

Saturday, February 14, 2009

LARIAN KECERGASAAN 2009

Satu aktiviti tahunan Unit Kokurikulum Sk Bukit Tempurong,telah berlansung mengikut perancangan yang dijadualkan.Program Tersebut ialah Larian Kecergasan 2009.Semua murid terlibat dalam Larian ini.

Thursday, January 22, 2009

STAFF AKADEMIK 2009


SELAMAT BERTUGAS.....SELAMAT BERJUANG.......

Tuesday, December 2, 2008

MESYUARAT STAFF KALI PERTAMA 2009 (3/1/2008-SABTU)

Mesyuarat Staff kali pertama akan diadakan pada 3/1/2008(Sabtu).Semua staff diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut.Kehadiran semua staff amatlah diharapkan demi kelancaran perjalanan persekolahan 2009.

Monday, December 1, 2008

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha.Selamat mengerjakan Ibadah Korban,Semoga ibadah kita diterima Allah Taala HendakNya.Kepada semua warga sekolah,murid-murid,PIBG,ibu bapa SelamatHari Raya Aidil Adha.

5 PELAJAR SKBT DAPAT 5A UPSR 2008

Tahniah kepada 5 pelajar SKBT 2008 yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun ini,mereka ialah adik Huzaifah bin Mohd Nasir,Umi Hajjaj binti Alizam,Mohd Sarifuddin bin Salleh,Mohd Azhan bin Nizan dan Zulhilmi bin Zakaria.Semua warga sekolah mengucapkan berbanyak tahniah dan syabas.Semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang untuk lebih cemerlang di masa hadapan.Tahniah dan Syabas!!!

Sunday, November 2, 2008

CERAMAH KESIHATAN 2008


Tahniah dan syabas kepada semua tenaga penggerak AJK Kesihatan,SKBT kerana berjaya mengadakan Ceramah Kesihatan untuk sessi persekolahan 2008.Menurut setiausahanya,Pn.Suhaila-aktiviti ceramah ini merupakan aktiviti tahunan untuk mendedahkan murid-murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam menjalani kehidupan seharian kepada pelajar.Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Besut ini,banyak memberikan input yang baik kepada murid-murid.
.........Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved