Melahirkan Pelajar Yang Berkualiti Merangkumi Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelektual melalui Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan.
Friday, May 25, 2007
Misi Sekolah
Melahirkan Pelajar Yang Berkualiti Merangkumi Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelektual melalui Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan.
Visi Sekolah
Sejarah Sekolah
Ditubuhkan pada 05.01.1951 dengan nama Sek. Melayu Bukit Tempurong, sempena nama tapak asalnya iaitu di Kg. Bukit Tempurong, Mukim Kerandang, Besut, Terengganu. Asalnya sebuah bangunan kayu bertiangkan batang nibong dan didirikan secara bergotong-royong di atas tanah seorang penduduk kampung. Murid asal 35 orang dari darjah 1 hingga 6, diajar oleh empat orang guru. Tahun 1961, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menukar nama Sek. Melayu Bukit Tempurong menjadi Sek Rakyat Bukit Tempurong dan seterusnya ditukarkan kepada nama Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong.
Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong terletak kira-kira 106 km dari bandar Kuala Terengganu,12 KM daripada PPD Besut. Lokasinya terletak di Kampung Kerandang kira-kira 10 km dari bandar Jerteh.



