Thursday, January 14, 2016

MAJLIS MENERIMA GPK HEM BAHARU

Satu majlis ringkas menerima GPK HEM baharu , PN. WAN SALINA BT WAN ABDUL RAHMAN telah diadakan pada tengahari 14.1.2016 (Khamis). Warga SKBT mengucapkan selamat datang kepada beliau semoga pengalaman di SK Nail akan dapat diteruskan di SKBT..
SELAMAT BERTUGAS..







LARIAN MERENTAS DESA 2016

LARIAN MERENTAS DESA 2016 telah diadakan sebagaimana berikut. Tahniah kepada semua guru dan kakitangan SKBT. Tahniah juga kepada semua murid yang telah menyertai larian ini.
Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wakil PPD Besut, En.Nordin Bin Husain kerana telah sudi hadir untuk menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta yang berjaya.






Wednesday, January 13, 2016

MAJLIS PENUTUP MINGGU TRANSISI

Tahniah kepada semua murid Tahun Satu yang telah melalui Minggu Transisi dengan jayanya. Terima kasih juga kepada semua guru yang telah menjayakan Minggu Transisi ini dengan baiknya.



Friday, January 8, 2016

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. 1437 H

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Itulah tema sambutan pada tahun ini. Sempena majlis tersebut, pihak sekolah telah mengadakan ceramah di Dewan Gemilang SKBT.


Thursday, January 7, 2016

MAJLIS PERPISAHAN PERTUKARAN GPK HEM

Satu majlis perpisahan buat pertukaran GPK HEM Cg. Zamri Bin Mohd Nor telah diadakan pada Rabu : 6 Januari 2016 di Dewan Gemilang SKBT. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar di SK Kuala Besut 2, Besut, Terengganu.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan semoga sumbangan bakti beliau kepada anak bangsa akan berterusan di tempat baharu nanti..







Sunday, January 3, 2016

PERHIMPUNAN PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2016

Sesi Perhimpunan pagi yang pertama untuk sesi persekolahan 2016 telah dapat dijalankan dengan lancar.  Pn. Guru Besar dan Guru Bertugas Mingguan telah memberikan ucapan aluan kepada semua pelajar SKBT..










TAKLIMAT PROGRAM TRANSISI dan SOLAT HAJAT

Taklimat program Transisi kepada ibu bapa pelajar Tahun 1 telah disampaikan oleh Pn.Sarimah Bt. Ismail [GB] dengan dibantu oleh guru Tahun 1 iaitu Pn. Zakiah Bt. Ali dan Pn. Siti Samerah Bt. Hj. Basri.

Solat Hajat sempena hari pertama pembukaan sesi persekolahan 2016 juga telah selamat diadakan di surau sekolah. Terima kasih kepada para ibu bapa dan guru-guru serta murid-murid. Semoga tahun 2016 ini akan terus mencemerlangkan SKBT...

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved