Thursday, December 31, 2015

PENDAFTARAN PELAJAR 2016

Pendaftaran pelajar untuk semua kelas telah diadakan pada 31.12.2015 (Khamis) mulai 8.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi.
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah membuat pendaftaran..






Friday, December 25, 2015

MESYUARAT GURU SESI 2016

Mesyuarat Guru dan Kakitangan SKBT sesi 2016 akan diadakan sebagaimana berikut :

TARIKH    : 31.12.2015 [ KHAMIS ]
MASA        : 10.00 PAGI
TEMPAT    :  BILIK MESYUARAT SKBT
PAKAIAN  :  KERJA

SEMUA GURU DAN KAKITANGAN DIWAJIBKAN HADIR SEBAGAIMANA DITETAPKAN.

Sunday, December 20, 2015

PERTUKARAN GURU 2015

Mulai tahun 2016, beberapa pertukaran guru telah berlaku..

1.    Mohd Ruzimi Bin Mamat - bertukar ke SK Tempinis.

2.    Zamri Bin Mohd Nor - Bertukar sebagai Guru Besar di SK Kuala Besut II.

Guru yang masuk ke SKBT adalah sebagaimana berikut :

1.    Mohamad Bin Abd Latif  - daripada SK Gong Bayor.

2.    Kelthom Bt. Husain  - daripada SK Apal.

3.    Mek Yah Bt. Taib  - daripada SK Saujana, Setiu.


Pihak pengurusan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada yang bertukar dan naik pangkat.
Bagi guru-guru yang masuk ke SKBT pula, warga SKBT mengucapkan Selamat Datang. Semoga dapat memberi perkhidmatan yang terbaik buat anak didik di sini, Insya Allah..




Thursday, November 19, 2015

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN 2015

Pihak Pengurusan mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua guru dan pelajar.
Semasa cuti ini, buatlah perkara yang berfaedah..




Tuesday, November 17, 2015

Tuesday, September 29, 2015


KEMPORI PASUKAN BERUNIFORM BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) 2015
Tempat    :  Kem Seri Keluang, Besut, Terengganu
Tarikh      :  30.9.2015 - 2.10.2015 (Rabu-Jumaat)















Monday, September 7, 2015

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2015

Warga SKBT mengucapkan Selamat Menduduki UPSR kepada semua calon. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda.. Buktikan bahawa ANDA BOLEH.....
..semoga kejayaan milik anda..

Saturday, September 5, 2015

HADIAH SEMANGAT DARIPADA YB ADUN JABI

Terima kasih diucapkan kepada YB Mohd Iskandar Bin Jaafar, ADUN JABI di atas pemberian semangat kepada semua calon UPSR 2015. Semoga pemberian tersebut akan dapat memberi semangat kepada semua calon UPSR.. Terima kasih diucapkan..
Hadiah semangat daripada YB JABI...

Wednesday, August 12, 2015

SELAMAT BERSARA PN.HJH. MIYAH HAMAT

Warga SKBT mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada Puan Hajjah Miyah Bt. Hamat. Kami mengucapkan terima kasih di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada pelajar-pelajar sekolah ini. Juga tidak lupa ucapan ribuan terima kasih atas segala nasihat dan tunjukajar serta bimbingan yang telah diberikan kepada kami para guru SKBT..Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya...
SELAMAT BERSARA KAK MIYAH... JASAMU DIKENANG...
 








Tuesday, July 14, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI diucapkan kepada semua umat Islam.
Sekolah akan bercuti mulai Khamis 16 Julai 2015 hingga Sabtu 25 Julai 2015.
Selamat bercuti buat warga SKBT dan bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki UPSR, diharapkan jangan lupa buat ulangkaji dan latihan-latihan yang telah disediakn oleh guru-guru walaupun bercuti.....

MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Wednesday, May 13, 2015

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

DEFINISI
  
  • GURU: Kata Guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak derta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. 
  • MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks penmdidikan,  guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif)
  • MENYEMPURNAKAN : Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan ebam aspirasi murid yang dinyatakan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
  •  AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.
    HURAIAN:
  • Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti. 
  •  Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan. 
  • Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Monday, February 2, 2015

MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS 2015

Tarikh.  : 2 Februari 2015 (Isnin)

Masa.   : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Gemilang SKBT














Terima kasih kepada semua Pegawai Polis yang telah dapat hadir pada Majlis tersebut..

Semoga semua Pengawas akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan..


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2015

Tarikh.  : 29 - 31 Januari 2015 (Khamis-Sabtu)

Masa.  : 2.30 ptg untuk pendaftaran

Tempat.  : Pusat Ko Kurikulum, Alor Lintang, Besut, Trg.






Majlis Menghantar GPK KK...

Tarikh. :  26 Januari 2015 ( Isnin )

Masa. : 12.00 tengahari


TAHNIAH  kepada Cg. Nik Kamariah Bt. Kasim kerana telah dinaikkan pangkat ke GPK KK di SK Anak Ikan , Besut, Terengganu.

Kami warga SKBT mendoakan agar Cikgu Nik akan dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan cemerlang..

Walaupun telah bertukar, diharapkan kenangan bersama kami di SKBT akan tetap dikenang sampai bila- bila. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha dan jasa yang telah dicurahkan kepada warga SKBT..hanya Allah jua yang dapat membalas segala-galanya...

SELAMAT BERPISAH DAN SELAMAT BERTUGAS....






PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved