Sunday, December 21, 2014

SELAMAT DATANG PUAN GURU BESAR

Kami warga SK Bukit Tempurong mengucapkan Selamat Datang kepada Puan Guru Besar yang baru iaitu Pn. Sarimah Bt. Ismail. Semoga di bawah kepimpinan beliau, SKBT terus maju dan cemerlang...
Ahad 21 Dis 2015...melapor diri..

Pn. Sarimah Bt. Ismail

Tuesday, November 25, 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014

Tahniah kepada semua calon UPSR yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, ini bukan titik noktah dalam mengejar ilmu..berusaha lagi di sekolah menengah pula..



Tahniah kepada 6 orang pelajar yang mendapat 5 A....




Saturday, November 15, 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN

Alhamdulillah, walaupun dalam suasana hujan lebat, Majlis Jamuan Akhir Tahun SK Bukit Tempurong telah selamat diadakan pada 13 November 2014(Khamis) yang lalu. Majlis telah diadakan di Restoran Ukir Seri Anjung, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Terima kasih kepada Kelab Guru, Guru-Guru, serta seluruh kakitangan SKBT. 

Terima kasih juga kepada Puan Wan Surina yang mewakili mantan Guru Besar En. Mazlan bin Ismail yang tidak dapat hadir kerana berkursus..






Friday, October 17, 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014

Perkhemahan Unit Beruniform 2014 telah diadakan pada 16 hingga 18 Oktober 2014.   Pasukan yang terlibat terdiri daripada Unit Pengakap, Puteri Islam, KRS dan SJAM..

Tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dengan menunjukkan semangat yang baik dan cemerlang. Terima kasih juga kepada semua guru dan kakitangan SKBT dan PiBG yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan perkhemahan ini..





MAJLIS PERTUKARAN HJ MUSTAFA BIN SAID BEKAS GPK KK

Majlis telah diadakan pad 8.10.2014 di SK Bukit Tempurong.. Selamat bertugas di SK Tanah Merah, Besut...





Wednesday, October 1, 2014

PERTUKARAN GURU BESAR EN. MAZLAN BIN ISMAIL

Selamat bertugas di sekolah baru kepada Tuan Guru Besar En.Mazlan Bin Ismail mulai 1.10.2014. Kami warga SKBT berasa sedih kerana kehilangan Guru Besar yang amat berdedikasi. Kami mendoakan agar beliau meneruskan kecemerlangan di sekolah baru iaitu SK Pasir Akar, Besut..
Jasamu Sentiasa dikenang....
Selamat bertukar..
Jasamu Dikenang..


Tuesday, September 23, 2014

MINUM SUSU SERENTAK SATU MALAYSIA

Sempena Hari Susu Sekolah Sedunia, maka acara Minum Susu Serentak 1 Malaysia telah diadakan di peringkat sekolah..

Minum susu untuk kesihatan..





Panduan Minum Susu

Sebelum minum

1.Baca tarikh luput pada label kotak susu - jangan minum kalau gelembung, kemek atau bocor
2.Hiduuu... - jangan minum kalau terdapat bau tidak enak, masam atau busuk
3.rasaaa.....- jangan minum kalau ada rasa masam atau basi

ketika hendak minum dan sedang minum

1.Goncang kotak sebelum minum
2.Keluarkan penyedut minuman daripada plastik dengan menarik hujung plastik
3.Jangan meniup penyedut minuman ketika minum
4.Jangan keluarkan atau memasukkan penyedut ketika minum
5.Minum sampai habis ketika susu kotak dibuka

Monday, September 22, 2014

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

 
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN
MATHEMATICS & BAHASA TAMIL
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014
1.           Pada tarikh 21.9.2014 Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengesahkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037  bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor. 
2.           Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 10 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037  adalah pada 9 Oktober 2014 setelah mengambilkira cuti umum Hari Raya Aidil Adha, dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran). Selain itu, KPM menegaskan bahawa peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut.
3.           Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua.  Selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.  Saya telahpun mengarahkan semua Guru Besar dan guru untuk mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.
4.          Dengan itu, saya telah pun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September 2014.
5.           Sebagai langkah serta-merta, saya sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.  Di samping itu, saya juga mengambil langkah mengetatkan lagi semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan.
6.           Saya memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam  tidak akan berulang.
7.           Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran berita palsu, saya menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh menghubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
22 September 2014

Wednesday, September 10, 2014

KENYATAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN



KERTAS SOALAN BAHASA INGGERIS DAN UJIAN APTITUD TAHUN ENAM BERJALAN MENGIKUT JADUAL YANG TELAH DITETAPKAN.

Tuesday, September 9, 2014

SELAMAT MENGHADAPI UPSR

Kepada semua calon UPSR SK Bukit Tempurong, warga SKBT mengucapkan Selamat Menduduki UPSR 2014... Kami sentiasa doakan kejayaan anda.. Buatlah yang sehabis baik dan sentiasa berikan tumpuan ketika menjawab soalan... Kejayaan Anda Kebanggaan Kami...








Sunday, September 7, 2014

MAJLIS RESTU ILMU

Semoga semua calon UPSR mendapat taufik dan hidayah serta kelapangan fikiran dalam menghadapi peperiksaan esok..Kami para guru sentiasa mendoakan kejayaan anda dan kami menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan.. Buatlah sehabis baik dan sentiasa berdoa agar diberi kemudahan dalam urusan peperiksaan nanti..







Kata- kata perangsang daripada YB Mohd Iskandar...Terima Kasih


Semoga berjaya...!


Friday, August 29, 2014

SAMBUTAN HARI MERDEKA 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014


28 OGOS 2014



































Terima Kasih kepada semua..!!!

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved