Tuesday, May 14, 2013

Solat Hajat

Alhamdulillah solat hajat sempena peperiksaan pelajar-pelajar Tahun 6 khasnya dan pelajar lain amnya telah selamat diadakan semalam. Solat hajat dan bacaan Yaasin telah diketuai oleh Yg.Berbahagia Ustaz Lokman. Guru-guru dan kakitangan sekolah,pelajar tahun 6 serta ibubapa telah hadir pada majlis tersebut. Turut hadir ialah Pengerusi PIBG serta ahlijawatankuasanya.

Guru Besar dalam ucapan beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah hadir. Semoga usaha murni ini akan dapat membantu semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan pertengahan penggal yang akan diadakan pada minggu depan.


Semoga usaha pelajar-pelajar semua diberkati..insyaAllah..


No comments:

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved