Friday, May 24, 2013

Selamat Bercuti

Cuti persekolahan telah bermula..Selamat bercuti buat semua pelajar. Bagi pelajar-pelajar Tahun 6 dan 5, jangan lupa untuk menghadiri kelas pada minggu kedua cuti sebagaimana jadual yang telah ditetapkan..

Diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan cuti ini dengan kerja-kerja yang berfaedah dan menjaga keselamatan diri dengan baik. Sambil bercuti, jangan lupa membuat ulangkaji pelajaran..


Punch Out terakhir..

Ucapan Perpisahan

Terima kasih kepada Cg.Mas Ayu, Guru JQAF yang berakhir tugas praktikumnya hari ini. Terima Kasih atas khidmat bakti beliau di SK Bukit Tempurong selama 1 tahun 6 bulan.. Kami warga SKBT mengucapkan selamat berjaya dalam karier pendidikan ini walaupun di mana jua beliau berada..


Tuesday, May 21, 2013

Anugerah Guru UPSR Cemerlang

Tahniah Cg. Ruzimi di atas penganugerahan tersebut sempena Hari Guru Peringkat Daerah Besut 2013 yang telah diadakan di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, Besut pada 22 Mei 2013.


Saturday, May 18, 2013

Sambutan Hari Guru Negeri Terengganu


Selamat Menghadapi Peperiksaan

Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan untuk penggal ini dan minggu ini juga murid-murid akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Semoga murid-murid sentiasa bersedia menghadapi ujian kali ini dan dapat menjawab semua soalan dengan bersungguh-sungguh.

SELAMAT MENJAWAB..


Lagi Foto Hari Guru

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved