Friday, May 4, 2012

Guru Penyayang Murid Berkualiti

Guru Penyayang Murid Berkualiti KUALA TERENGGANU - Slogan baru Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu " Guru Penyayang Murid Berkualiti " telah dilancarkan dengan rasminya oleh En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Majlis Pengarah Bersama-sama Kepimpinan Sekolah Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER) pada pagi ini. Majlis berkenaan telah dihadiri oleh semua Ketua Sektor, Pegawai Pelajaran Daerah, Wakil IPGM, BTPN, Pegetua, Guru Besar dan juga pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sebelum itu semua kepimpinan sekolah telah diberi taklimat khas oleh En. Ismail bin Ibrahim dari Bahagian Sukan KPM berkaitan "1Murid 1Sukan" Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucaptama bertemakan " Hasrat dan hala tuju Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu" telah menjelaskan kejayaan pendidikan Terengganu dalam pelbagai bidang seperti akademik, kokurikulum dan Program Tranformasi Pendidikan Negera (NKRA) berasaskan kekuatan-kekuatan yang ada seperti sokongan kerajaan negeri, kekuatan kepimpinan sekolah, sokongan ibubapa dan masyarakat, pegawai JPNT dan PPD yang kominted serta perancangan pendidikan yang mantap. Beliau berharap melalui slogan baru " Guru Penyayang Murid Berkualiti " ianya mampu menjadi fokus dan teras pelaksanaan perancangan dan pelaksanaan program melalui pendekatan menghidupkan sifat serta watak " Guru Penyayang " yang sebenar-benarnya agar dengannya mampu melahirkan " Murid Berkualiti" secara holistik sumber:Unit Rendah JPNT

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved