Thursday, March 24, 2011

PBS MAC 2011 IPG (20-24 Mac 2011)


Pengalaman ini memberi pendedahan konteks sebenar alam persekolahan kepada pelajar secara developmental. Peluang ini memberi kefahaman dan membina kesedaran pelajar tentang budaya sekolah dan peranan guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian pengajaran dan strategi pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru; pemerhatian pembelajaran murid; menganalisis tingkah laku murid; serta berkomunikasi dan berinteraksi dengan pentadbir, guru dan komuniti sekolah. Pelajar juga dikehendaki meneliti dokumen dan membuat temu bual dan refleksi. Dengan meneroka pengalaman dan situasi yang baru ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran inqkuiri penemuan. Melalui pembelajaran secara kontekstual dan amalan refleksi serta proses konstruktivisme, pelajar dapat mengaitkan teori dan amali dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pelajar juga dapat membina pengetahuan dan kefahaman baru, dan ini seterusnya menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

Di SK Bukit Tempurong seramai 6 orang guru pelatih telah melaporkan diri pada 20/3/2011,dari IPG Kampus Kota Bharu-Nooramyra Adilla bt Mohd Noor,Majidah bt Mohamad ,Wan Mohd Ridzaudin bin Wan Majid.Manakala,dari IPG Kampus Tg.Ampuan Afzan,Kuala Lipis,Pahang pula-Siti Najihah bt Ab.Rahman@Nawawi dan Noor Atikah bt Yahya.Semoga PBS yang berakhir pada 24/3/2011 ini akan membantu bakal guru untuk menjadi guru yang profesional suatu hari nanti.Warga sekolah mengucapakan tahniah dan selamat kembali ke IPG masing-masing dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh menimba ilmu untuk menjadi guru cemerlang.

1 comment:

Noor Atikah Binti Yahaya said...

alhamdulillah..terima kasih kepada semua guru yang terlibat membantu kami sepanjang kami ber'pbs' di sk bukit tempurong....segala ilmu yang diperolehi amat berguna untuk kami praktikkan di masa akan datang kelak...terima kasih sekali lagi..=)

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved