Wednesday, December 14, 2011

TELITI TAWARAN SBPA

4 Disember 2011


Utusan Malaysia
14/12/2011



IPOH 13 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggulangi gesaan supaya kakitangan awam tidak terburu-buru menandatangani surat tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan kakitangan awam tidak teraniaya dengan tawaran SBPA.

"Kalau kakitangan awam terima surat tawaran SBPA dalam tempoh terdekat ini, mereka perlu membaca dengan teliti dalam tempoh dua minggu sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penerangan SBPA di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.

Omar berkata, jika ada ketua jabatan yang membuat ugutan terhadap kakitangan awam utnuk memaksa mereka menandatangani tawaran SBPS, mereka boleh membuat aduan kepada CUEPACS.

Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara akan diberikan tempoh dua minggu bermula 15 Disember ini untuk berfikir sebelum menandatangani tawaran SBPA.

Monday, October 10, 2011

INTIPATI ISI PEMBENTANGAN BAJET 2012


INTIPATI ISI PEMBENTANGAN BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion

Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion

Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion


  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.


Peruntukan rancakkan pembangunan

Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.


Kereta hibrid

Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.


RM1 bilion untuk sekolah

Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.

RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).


FELDA Global Ventures Holdings

Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.


Yuran sekolah

Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.


Pencen

Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.


Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.


Polis

RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.


Keluarga tentera

RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.


Subsidi

Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35


Skim rumah pertama

Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.


Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.


Subsidi rumah

Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.


Teksi persendirian

Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.


Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.


Simpanan persaraan – KWSP

Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.


Pinjaman TEKUN

Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.


Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.


Meringankan Kos Sara Hidup

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.


Rancangan Tebatan Banjir

Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Tuesday, September 6, 2011

SOLAT HAJAT KECEMERLANGAN UPSR


Program solat hajat kali ke- 5 ,2011 .Solat hajat Perdana ini akan diadakan pada 8 September.Program solat hajat perdana ini akan bermula jam 7.00 hingga 9.30 malam di dewan SKBT.

Keprihatinan dan kecaknaan tuan/puan amatlah diharapkan.


Kehadiran semua warga SK bukit Tempurong amatlah diharapkan untuk menjayakan program ini.

Terima Kasih.

Wednesday, August 24, 2011

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT

SEMUA WARGA,
SK BUKIT TEMPURONG DIJEMPUT KE MAJLIS KESYUKURAN
DI RUMAH GURU BESAR,PADA 2 SEPTEMBER 2011,DI LOT 4944 KG SEBERANG LMBONGAN,BESUT,TRG.
ATURCARA MAJLIS(2.30-6.30 PM)

DARIPADA

GURU BESAR.

SELAMAT BERCUTI & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


WARGA SK BUKIT TEMPURONG MENGUCAPKAN SELAMAT BERCUTI BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN SHAWAL.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
~MAAF ZAHIR DAN BATIN~

Thursday, August 11, 2011

Persaraan Pok Teh...

Kami warga SKBT mengucapkan Selamat Bersara buat Pok Teh...Segala jasa dan kebaikan mudah-mudahan mendapat ganjaran Allah
Surah Al-Baqarah:183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Monday, August 1, 2011

KELEBIHAN RAMADHAN

    Kelebihan Ramadan
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA WARGA SK BUKIT TEMPURONG.SEMOGA AMAL IBADAH KITA DIBERKATI ALLAH TAALA...AMMIN

Saturday, July 9, 2011

SEMINAR SENI BELA DIRI 9 JULAI 2011



Pada 9 Julai 2011, satu program kendalian guru praktikum dari IPK KSM dibawah program intership telah dijalankan.

Seminar Seni Bela Diri
Hari = Sabtu
tarikh 9 Julai 2011

Tujuan utama program ini adalah memberi pendedahan asas mengenai seni bela diri dan teknik untuk menjaga diri dari pelbagai kejadian. Perdana ini banyak perkara yang melibatkan murid berlaku seperti culik, rogol, dera, buli dan lain-lain lagi. diharap dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat membendung gejala seperti ini.

Friday, June 24, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36


Mesyuarat Agung PIBG kalike-36 akan diadakan 25 June 2011.Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Dato`Hj Mohd Jidin bin Shafee DPMT,DMSM,KMN,AMN
.Majlis dijangka akan disempurnakan pada jam 3.00 petang.Ahli Parlimen Setiu merangkap Ketua UMNO Bahagian Setiu itu akan dipersembahankan dengan pencak silat oleh murid tahun 6.Menurut En.Abd.Rashid bin Abdul Rahman,mesyuarat kali ini akan dimeriahkan lagi dengan Cabutan Bertuah yang berupa Hamper dan Pelbagai hadiah yang menarik.Mesyuarat dijangka tamat pada jam 5.30 Petang.Guru Besar,En.Mohd Rosli bin Mohd Rashid-Mengucapakan syabas dan tahniah kepada semua warga SKBT dan Semua Warga PIBG yang berkerja kuat sehingga mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Semoga SKBT akan terus Cemerlang dan Terbilang.

Saturday, May 14, 2011

Terima Kasih......MILO




Pada jam 1.05 tgh ,15 Mei 2011-SK Bukit Tempurong menerima kunjungan Milo.Terima Kasih di atas sumbangan segelas Milo kepada setiap murid dan guru.

Monday, April 11, 2011

PROGRAM MGB-KUNJUNGAN MUHIBBAH



SELAMAT DATANG KEPADA AJK MGB DAERAH BESUT KERANA SUDI MENGADAKAN PROGRAM KUNJUNGAN MUHIBBAH KE SK BUKIT TEMPURONG.



MAJLIS TELAH DIADAKAN, PADA 13 APRIL 2010 ,BANYAK MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PENGURUSAN BARU SEKOLAH.

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE SEKOLAH KAMI.

Tuesday, April 5, 2011

Janji kepada Sang Jaguh





Kejayaan yang ditempa oleh Skuad Bola Sepak SKBT yang menjuarai peringkat Zon telah memecah rekod tahun lalu.Jika diimbau pada tahun lalu Skuad SKBT berjaya ke peringkat suku akhir.
syukur ke zat Yg Maha Esa pada tahun ini Skuad SKBT berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya menjadi johan peringkat zon.


Sebagai imbuhan kepada kejayaan tersebut, skuad bola sepak SKBT telah dibawa ke Lata belatan dan Makan Satey Lanang. Ini sebagai imbuhan kepada kerja kuat yang telah dilakukan oleh putera-putera Skuad Bola Sepak SBKT.

Monday, April 4, 2011

SKBT JUARA BOLASEPAK ZON JABI


Pasukan bolasepak SK Bukit Tempurong,muncul juara setelah mengalahkan SK Jabi di dalam perlawanan akhir yang berlangsung di SK Apal petang tadi.Kemantapan pasukan yang dipimpin oleh Cikgu Mohd Ruzimi ,dan dilatih oleh jurulatih yang profesinal Cikgu Abd Rashid,Cikgu Mohd Rosle dan dua guru pratikum Cikgu Rafi dan Cikgu Afendi.Dalam perlawanan tersebut pasukan sekolah telah menembusi gawang lawang dengan mata 4-1,sekaligus menjuarai pasukan bolasepak bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Zon Jabi.Tahniah juga kepada Tuan Guru besar,En.Mohd Rosli bin Mohd Rashid,GPK 1,Tengku Zainal bin Raja Kadir,GPK KK,Tn.Hj Mustafa bin Said,GPK HEM-Pn.Hjh.Wan Natifah W.Abu Bakar,semua guru,semua staff sokongan dan AJK PIBG,Ibu bapa serta bekas pelajar-pelajar sekolah ini yang hadir memberikan sokongan.Tidak lupa juga kepada Ayah Mat-PERKAYA JABI kerana menyediakan kemudahan kenderaan.Terima kasih semua.

Wednesday, March 30, 2011

MAJLIS PENGHANTARAN TUAN GURU BESAR OLEH SEKOLAH SK TG MAHMUD


tanggal 30 Mab Tuan Guru Besar En Mohd Rosli Mohd Rashid telah disambut oleh warga SK BT. Sekolah lama beliau SK Tg Mahmud telah beramai-ramai datang ke SKBT untuk menyerahkan Tuan Guru Besar yang amat dikasihi dengan berat hati...

Thursday, March 24, 2011

PBS MAC 2011 IPG (20-24 Mac 2011)


Pengalaman ini memberi pendedahan konteks sebenar alam persekolahan kepada pelajar secara developmental. Peluang ini memberi kefahaman dan membina kesedaran pelajar tentang budaya sekolah dan peranan guru dalam bilik darjah melalui pemerhatian pengajaran dan strategi pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru; pemerhatian pembelajaran murid; menganalisis tingkah laku murid; serta berkomunikasi dan berinteraksi dengan pentadbir, guru dan komuniti sekolah. Pelajar juga dikehendaki meneliti dokumen dan membuat temu bual dan refleksi. Dengan meneroka pengalaman dan situasi yang baru ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran inqkuiri penemuan. Melalui pembelajaran secara kontekstual dan amalan refleksi serta proses konstruktivisme, pelajar dapat mengaitkan teori dan amali dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pelajar juga dapat membina pengetahuan dan kefahaman baru, dan ini seterusnya menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

Di SK Bukit Tempurong seramai 6 orang guru pelatih telah melaporkan diri pada 20/3/2011,dari IPG Kampus Kota Bharu-Nooramyra Adilla bt Mohd Noor,Majidah bt Mohamad ,Wan Mohd Ridzaudin bin Wan Majid.Manakala,dari IPG Kampus Tg.Ampuan Afzan,Kuala Lipis,Pahang pula-Siti Najihah bt Ab.Rahman@Nawawi dan Noor Atikah bt Yahya.Semoga PBS yang berakhir pada 24/3/2011 ini akan membantu bakal guru untuk menjadi guru yang profesional suatu hari nanti.Warga sekolah mengucapakan tahniah dan selamat kembali ke IPG masing-masing dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh menimba ilmu untuk menjadi guru cemerlang.

Tuesday, March 1, 2011

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU......

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG,

CIKGU MOHD ROSLI BIN MOHD RASHID(650910115363) DARI SK TENGKU MAHMUD,22200 BESUT,TERENGGANU YANG DILANTIK SEBAGAI GURU BESAR SEKOLAH INI.

SEMOGA DENGAN KEHADIRANYA SEKOLAH INI AKAN MENJADI LEBIH CEMERLANG.

Tuesday, February 22, 2011

Kejohanan Badminton MSSZJ 2011



Kejohanan badminton MSSZBJ 2011 sedang berlangsung di Dewan Sivik Kg Pak Wong,Jertih,Trg.Pada tahun ini sekali lagi SK Bukit Tempurong diberi kepercayaan untuk mengendalikan kejohanan ini.Kejohanan yang berlangsung pada pada 22-24 Feb.2011 ini dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi MGB Zon Jabi,En.Abd Razak bin Rashid.Tn.Hj.Mustafa bin Said (GPK KOKURIKULUM) SK BUKIT TEMPURONG,meminta kerjasama semua guru dan staff supaya hadir untuk memberikan sokongan kepada pihak sekolah,sekaligus dapat menjayakan kejohanan ini dengan jayanya.

Saturday, February 19, 2011

Majlis Persaraan Guru Besar


Majlis persaraan guru besar,En.Abu bin Ismail telah diadakan dalam suasana sederhana tapi penuh dengan kemeriahan.Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran jemputan v.i.p daripada PPD Besut dan MGB Zon Jabi.Tn.Hj.Akhyar bin Wan,berucap mewakili pegawai PPD Besut dan En.Abd Razak bin Rashid selaku MGB Zon Jabi.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Persaraan ini.

Friday, February 18, 2011


WASIAT NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAYIDINA ALI RA;
Orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
Jujur dalam berkata-kata.
Menjauhi segala yang haram.
Merendahkan diri.

Orang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
Merahsiakan ibadahnya.
Merahsiakan sedekahnya.
Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Orang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
Takut berlaku dusta dan keji.
Menjauhi kejahatan.
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Golongan AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
Mengawasi dirinya.
Menghisab dirinya.
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

23 SEKOLAH LAGI DIIKTIRAF SBT 2011

23 SEKOLAH LAGI DIIKTIRAF SBT 2011

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang juga salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.

23 Sekolah Berprestasi Tinggi adalah terdiri daripada:
1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lalu 20 sekolah diumum sebagai SBT.

Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR.

Katanya, sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Beliau berkata, sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri.

Friday, February 11, 2011

Majlis Penyerahan E-Book Dun JABI


Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.

Thursday, January 27, 2011

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved