Sunday, December 26, 2010

MESYUARAT GURU KALI 1/2011

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA UNTUK SESI PERSEKOLAH 2011 AKAN DIADAKAN;

HARI:KHAMIS
MASA:9.00 PAGI
TEMPAT:BILIK GURU


SEMUA GURU YANG DISAHKAN MENGAJAR DI SK BUKIT TEMPURONG BAGI SESI 2011 DIWAJIBKAN HADIR.

HARAP MAKLUM

ARAHAN

EN.ABU BAKAR ISMAIL
GURU BESAR
SK BUKIT TEMPURONG.

Monday, December 20, 2010

5 PELAJAR SKBT LAYAK KE SBP 2011

TAHNIAH DAN SYABAS DARIPADA SEMUA WARGA SK BUKIT TEMPURONG.
KEKALKAN KECEMRLANGAN ANDA WALAU DIMANA ANDA BERADA...

INGATLAH ..KEJAYAAN ANDA SEBENARNYA BERMULA DI SINI.

Sunday, November 14, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAH MENGADAKAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010.MAJLIS INI DIADAKAN UNTUK MERAIKAN DAN MEMBERIKAN PENGHARGAAN KEPADA MURID-MURID YANG BERJAYA SEPANJANG PERSEKOLAHN 2010.TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK YANG BERJAYA MENDIDIK ANAK-ANAK MURID SEHINGGA BERJAYA.TAHNIAH....TERUSKAN USAHA MURNI UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2011.

TAHNIAH....19 PELAJAR DAPAT 5A UPSR

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK BUKIT TEMPURONG,KERANA BERJAYA MENINGKATKAN PRESTASI PENCAPAIAN UPSR 2010.SERAMAI 19 PELAJAR MENDAPAT 5A PADA TAHUN INI.
TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT 5A.

Monday, October 18, 2010

AL-FATIHAH(HASMAFAIZ BIN YAACOB@MOHD SALLEH


AL-FATIHAH,BUAT ADIK HASMAFAIZ BIN YAACOB@MOHD SALLEH (MURID KELAS 5C)YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH DI HUSM,KUBANG KERIAN.ALLAHYARHAM MENGHEMBUSKAN NAFAS DISISI IBUNYA PADA JAM 3.15 MINIT ,17/10/2010.ALLAHYARHAM LEBIH DIKENALI DENGAN NAMA "POK AWE"DIKALANGAN KAWAN-KAWAN.MERUPAKAN MURID YANG AKTIF DALAM BIDANG SUKAN BOLASEPAK.MENDAPAT DIDIKAN SILAT DARIPADA CIKGU ABDUL RASHID,YANG JUGA MERUPAKAN GURU PENASIHAT DAN JURULATIH YANG BERWIBAWA.SEPANJANG KOMA SELAMA 6 HARI,CIKGU RASHID TIDAK PERNAH PUTUS-PUTUS MENJENGUK ANAK DIDIKNYA.NAMUN ALLAH LEBIH MENYAYANGI,"POK AWE" TELAH PERGI UNTUK SELAMANYA.KALI TERAKHIR PENULIS MERAKAM GAMBAR INI IALAH SEMASA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SEKOLAH.AL-FATIHAH SEMOGA BELIAU DITEMPATKAN DIKALANGAN ANBIA.TAKZIAH DARIPADA KAMI WARGA SEKOLAH BUAT KELUARGA "POK AWE"

Saturday, October 16, 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010





SK BUKIT TEMPURONG TELAH MENGADAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM UNTUK SESI 2010.PERKHEMAHAN YANG BERLANGSUNG PADA 3/11-5/11 SEPTEMBER 2010.
MAJLIS PERASMIAN DIJANGKA DILAKUKAN OLEH TN.GURU BESAR SK BUKIT TEMPURONG.EN.ABU BAKAR BIN ISMAIL.TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SK BUKIT TEMPURONG,YANG TELAH MEMBERIKAN KERJASAMA DALAM MENJAYAKAN PERKHEMAHAN TAHUN INI.

Tuesday, October 12, 2010

MINI OLAHRAGA & SUKANEKA SKBT 2010


MINI OLAHRAGA DAN SUKANEKA AKAN DIADAKAN PADA 13 & 14 OKTOBER 2010.KEJOHANAN YANG DILANGSUNGKAN DI PADANG SEKOLAH,IANYA DIADAKAN DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN DAN PENUH MUHIBBAH.MAJLIS PERASMIAN DISEMPURNAKAN OLEH TUAN HJ.MUSTAPA SAID SELAKU GPK KOKURIKULUM SKBT.BELIAU MENYAMPAIAKAN SALAM GURU BESAR YANG SEDANG BERKURSUS DI KUANTAN.
TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MINI OLAHRAGA DAN SUKANEKA KALI INI.

SALAM AIDIL FITRI 2010


Sambutan hari raya skbt telah diadakan dengan penuh sederhana tetapi dalam seribu kemeriahan.

Monday, September 20, 2010

Tips Menduduki UPSR 2010

Mulai minggu ini iaitu 21 hingga 23 September 2010 akan bermula peperiksaan UPSR bagi tahun ini.UPSR pada tahun ini bakal ditempuhi oleh 61 calon.

Ketakutan,kegusaran dan tekanan menghadapi peperiksaan adalah situasi yang normal bagi calon atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan walaupun mereka telah membuat persediaan yang cukup.Pastinya telah banyak petua dan panduan yang telah diberi oleh para guru,ibubapa atau kaunselor.Semuanya kerana kita mahu semua calon yang akan menghadapi peperiksaan mempunyai persediaan mental (ilmu),fizikal dan spritual serta mampu menjawab soal dengan tepat berkesan di mana akhirnya meraih kejayaan yang cemerlang.

Sebagai peneguhan dan pengukuhan terhadap teknik dan petua sedia ada berikut saya perturunkan tujuh tips yang boleh dimanafaatkan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Thursday, September 2, 2010

SALAM AIDIL FITRI


WARGA SK BUKIT TEMPURONG,MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA~MAAF ZAHIR BATIN~ KEPADA SEMUA MURID,STAFF DAN SEMUA WARGA PENDIDIKAN DI BESUT,TERENGGANU DAN SELURUH MALAYSIA.uCAPAN INI JUGA DITUJUKAN KEPADA PENGUNJUNG SETIA BLOG RASMI SK BUKIT TEMPURONG.

SELAMAT HARI RAYA...SEMOGA BERBAHAGIA BERSAMA ORANG TERSAYANG....

SALAM KEMERDEKAAN


SALAM KEMERDEKAAN....SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 53.
BERBANGGALAH HIDUP DI NEGARA MALAYSIA YANG AMAN SENTOSA.

Saturday, August 7, 2010

TINTA GURU BESAR


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, Blog yang merupakan laman Blog rasmi SKBT, Jerteh dapat disempurnakan dengan jayanya. Melalui kesempatan ini juga saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam usaha membina Blog ini,terutama Cikgu Azmi Abdullah[Penyelaras ICT SKBT]

Blog ini,sesuai dengan namanya seharus menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai SK BUKIT TEMPURONG serta perkembangannya. Malah ia merupakan salah satu langkah utama yang diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan SKBT seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (ICT).

Pembinaan blog ini adalah sejajar dengan cita-cita dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan golongan celik komputer serta bersaing di persada dunia. Ini sekali gus menepati kehendak Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Sekian, wassalam.

Selamat bertugas dan bersama-samalah kita meningkatkan prestasi sekolah pada tahun 2010 ini.Saya yakin kita mampu merealisasikannya.

En.Abu Bakar bin Ismail
Guru Besar


TINGKATKAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERTERAWIH.
DARIPADA WARGA SK BUKIT TEMPURONG.
SEMOGA AMALAN KITA DIBERKATI ALLAH TAALA




1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

7 CALON BERJAYA DAPAT 5A (PERCUBAAN UPSR)


SERAMAI 7 CALON TELAH BERJAYA MENDAPAT 5A DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2010 YANG DIJALANKAN PADA 24 -27 JULAI 2010.
CALON TERSEBU IALAH:


1. HARITHAH SUFIAH BT ALIZAM
2. AHMAD RIDWAN BIN MAH SURA
3. SHAHRUL NIEZAM BIN MUHAMMAD

4. INTAN NAJWANI BT MOHD HANAPIAH
5. SITI NORFAHANIE BT ZAKARIA
6. MUHAMAD AZHARI BIN ABU BAKAR
7. MUHAMAD AZIM BIN AZMI

SKBT TERIMA......GPK KO KURIKULUM BARU


SKBT TELAH MENERIMA SEORANG GPK KO KURIKULUM YANG BARU.BELIAU TELAH MELAPORKAN DIRI UNTUK MULA BERTUGAS DI SKBT PADA 16 /7/2010.SEBELUM INI MERUPAKAN GPK KO KURIKULUM SK LEMBAH JAYA,SETIU,TRG.BELIAU MERUPAKAN GURU AKRAM JPNT.BELIAU IALAH TN.HJ.MUSTAFA BIN SAID.

TEMU MURNI IBU BAPA TAHUN 6


MAJLIS TEMU MURNI UPSR TAHUN 6 TELAH DIADAKAN PADA 17/7/2010.MAJLIS YANG DIADAKAN DENGAN PENUH KESEDERHANAAN MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK.
PENGISIAN PROGRAM;
1.MAJLIS TEMU MURNI
2.MOTIVASI KEIBUBAPAAN
3.SOLAH HAJAT.

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PENYELARAS EN.MUHD RUZIMI KERANA IDEA DAN PERANAN SEBAGAI PENYELARAS UPSR DIJALANKAN DENGAN BAIK.

Tuesday, July 27, 2010

KEM TRANSFORMASI MINDA UPSR 2010


Kem Transformasi Minda diadakan pada 13-15 Julai di Lata Belatan,Jertih,Trg.
Seramai 61 orang calon UPSR 2010 terlibat dalam menjayakan program UPSR 2010.
aktiviti / pengisian program
1.Ceramah teknik menjawab oleh guru panel MP PPD Besut.
2.Program rehat minda
3.Ceramah Motivasi oleh Kaunselor SMK Tembila.Cikgu Alizam Saaleh.
4.BBQ dan majlis penutup oleh Guru Besar SKBT

Majlis Persaraan GPK KO



Jasamu dikenang.......
Majlis persaraan Pn.Hjh Che Zaharah bt Sulong ,diadakan dalam suasana penuh meriah.

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 34


Mesyuarat Agong kali ke 34 telah diadakan pada 18 Julai 2010,dirasmikan oleh Adun Jabi Tn.Hj.Ramlan bin Ali.Mesyuarat tersebut dimeriahkan lagi dengan sebanyak 70 cabutan bertuah.Mesyuarat tersebut sebulat suara melantik Pengerusi PIBG baru iaitu En.Abdul Ghani Mohamad dan Timbalan pengerusi En.Ramlee bin Yusof.Semoga muka baru akan menjalankan tugas yang lebih mantap dalam melahirkan dan menyumbangkan idea baru ke arah kecemerlangan SKBT.

KEM AKADEMI ELIT UPSR 2010


Seramai 7 orang murid telah terpilh untuk mengikuti Kem Akademik Elit Upsr di Sri Malaysia Marang.Program anjuran JPNT itu berlangsung selama 4 hari bermula 14-17 Julai 2010.Murid yang terpilih tesebut ialah;-
1.Haritah Sufiah bt Alizam
2.Muhamad Azim bin Azmi
3.NorFarhanie bt Zakaria
4.Fatin Fadiah bt Zakaria
5.Sharul Niezam bin Muhammad
7.Muhamad Tareq bin Che wil

SAMBUTAN HARI GURU 2010


Sambutan hari guru peringkat SK Bukit Tempurong,telah diadakan dengan penuh kesedehanaan tetapi ianya meriah dan memberi banyak pengertian dan penuh bermakna kepada warga SKBT.Bertemakan"Guru Pembina Negara Bangsa" majlis hari guru ini diadakan dengan pengisian aktiviti seperti:-

1.Bacaan Perutusan
2.Nyayian lagu
3.Acara potong kek hari guru
4.Acara Padang
5.Persembahan dan pembahagian hadian.

Thursday, May 20, 2010

KEM CAKNA CEMERLANG UPSR 2010

Kem Cakna Cemerlang UPSR 2010,untuk sesi 2010 telah diadakan pada 17 hingga 20 mei 2010 di SKBT,Program tersebut dirasmikan oleh GPK 1 ,SKBT(ym.Tg Zainal bin Raja Kadir).
tentatif program-
1.Kelas Intensif
2.Kelas Teknik Menjawab UPSR
3.Sesi Motivasi
4.Santai Minda di Lata Belatan
5.Majlis Solah Hajat(sumbangan makan oleh Klinik DR.ANITA Kuala Besut)

Thursday, May 13, 2010

Menjelang Hari Guru Ke 39 - Peranan guru bagai 'matahari'

HARI guru datang lagi. Tahun lalu sambutannya di Kuala Terengganu dan tahun ini di East Coast Mall, Kuantan, Pahang bermula dari 13-16 Mei 2010. Sambutan ini adalah kali ke-39 diraikan di negara bertuah ini.

Sambutan Hari Guru bermula 1972 dengan tema: ''Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara'' dan pada tahun 2010 temanya ''Guru Pembina Negara Bangsa''.

Dalam hati kecil bekas guru warga emas ini, 40 tahun telah mengabdi diri dalam alam perguruan dari tahun 1952-1992, merasa seronok dan terharu bila saja menjelang hari meraikan para guru.
Rasa terharu di hati terutama bila menoleh ke belakang betapa sulitnya para pendidik dulu ketika berkhidmat untuk memberi pelajaran dan pendidikan kepada anak bangsa.

Pepatah lama ''Guru ibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain'' bermaksud guru dulu terpaksa menempuh pelbagai kesukaran terutama berkhidmat di era kemerdekaan negara sebelum 31 Ogos 1957.
Ada yang terpaksa berjalan kaki untuk bertugas, dan ada terpaksa membimbit barang makanan untuk seminggu jika sekolah jauh dari kedai atau bandar. Terpaksa pula menyewa pondok buruk yang ditinggalkan untuk tempat tinggal, terpaksa menggali perigi sendiri kalau jauh dengan sungai.

Terpaksa mengajar di bangsal pisang sesikat atau di bawah rumah sekolah yang tinggi jika kelas tak cukup di bahagian atas sekolah.

Mereka juga terpaksa hanya menggunakan buku teks sekolah yang usang. Guru yang rajin menimba ilmu untuk murid mereka membelinya sendiri bila sekali sekala turun ke bandar.

Bagi orang sekarang atau lebih tepat lagi para pendidik sekarang, itu cerita lama yang sudah berkubur dan tak perlu di ungkit-ungkit lagi. Hanya membuang masa untuk dicoretkan atau dibacakan.

Tapi bagi yang mahu memikirkan untuk dijadikan sebagai iktibar, betapa senangnya para pendidik sekarang setelah lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan. Hanya dapat saya unggapkan, kalau susah pun para pendidik menghadapi kerenah masyarakat dan disiplin pelajar sekarang, boleh berkata bahawa, mereka susah dalam senang. Itulah saya mengulang kata peribahasa yang tersebut di atas.

Tahun lalu saya menulis dalam akhbar ini pada 16 Mei 2009. Saya ada menyatakan bahawa pepatah di atas perlu ditambah dengan (dua lagi) pepatah lain, bagi melengkap peranan guru dalam masyarakat kini iaitu "Guru ibarat bunga, mewangikan dirinya di samping mewangikan orang lain''. Dan satu lagi, ''guru ibarat matahari, menerangi dirinya di samping itu menerangi orang lain."

Bunga sifatnya sangat sentimental. Tiap-tiap sekuntum bunga biasanya adalah wangi. Bagi dirinya wangi dan bagi orang yang menciumnya berbau harum dan wangi. Bunga yang berwarna-warni diibaratkan sebagai para guru yang disukai oleh orang ramai kerana budi pekertinya yang menarik.

Pokok bunga tersebut akan berbunga silih berganti, mengeluarkan benih yang akan menyambung hayatnya. Bagi guru begitulah hendaknya sentiasa mewangi anak bangsanya dan tak lupa lebih-lebih lagi anak mereka sendiri.

Boleh difikirkan untuk diambil iktibar oleh guru-guru sekarang walaupun mereka sudah mencapai kelulusan yang tinggi dalam ilmu perguruan.

Tahun 1960-an dan 1970-an, mereka telah mula merebut tempat untuk berjaya dalam pendidikan sebagai salah satu cara mengubah status di kalangan mereka sendiri atau dalam masyarakat secara keseluruhannya. Mereka memperbaiki diri dan anak-anak mereka menerusi pelajaran yang masih belum terbuka luas.

Bagi guru-guru yang telah mendapat kelulusan SPM atau STPM dengan cara belajar sendiri, cuba pula untuk memohon masuk ke universiti terutama Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia atau Universiti Sains Malaysia ataupun belajar melalui kursus gaya pos dari Univasitas Indonesia Jakarta (UNAS) anjuran Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB).

Saya sarankan juga bahawa guru juga boleh diibaratkan atau berperanan sebagai 'matahari'. Guru ibarat sebagai matahari, menerangi dirinya, di samping menerangi orang lain. Walaupun jauhnya matahari 93 juta tahun perjalanan, ia masih dengan kuasa Allah menerangi alam dan makhluknya.

Tahun 1980-an hingga 1990-an adalah zaman sains dan teknologi serta Internet. Para pendidik yang mengikut perubahan terpaksa pula melengkapkan diri di alam siber ini. Kalau tidak mereka akan ditinggalkan zaman yang ligat berputar di seluruh dunia.

Matahari dianugerahkan Allah sumber kehidupan termasuk dalam pendidikan. Rata-rata para pendidik kita mahir dalam melayari internet untuk membimbing para pelajar dan anak-anak mereka.
Sebagai warga emas, saya masih berminat dengan komputer dan pendidikan semasa, apatah lagi para pendidik sekarang yang saya percaya lebih berminat komputer untuk diri, anak bangsa serta anak-anak sendiri. Terangi mereka yang diamanahkan kepada guru dengan akal budi yang luhur di samping dapat memilih mana yang buruk dan yang baik.

Di zaman pendidikan saya, disiplin amat dipentingkan. Disiplin bermakna mengikut peraturan yang ditetapkan, bukan tergambar hanya merotan, bila sahaja disebut disiplin. Pendidikan sekarang berkonsepkan kaunseling.
Bagi saya kaunseling bermakna 'membimbing'. Membimbing anak bangsa kita dengan semangat (sifat) yang baik. Bila digabungkan disiplin dengan bimbingan, sepatutnya kita akan membuahkan manusia yang berbudi pekerti mulia dan berpelajaran tinggi.

Sepatutnya jangan adakan 'kuota' untuk guru disiplin dan kaunseling di sekolah. Adalah wajar tiap-tiap diri guru sekarang menjadi dan sanggup bertindak sebagai guru disiplin dan kaunseling.

Dalam kita memperkatakan konsep disiplin dan kaunseling ini, jangan sekali-kali lupa menggunakan pendekatan surah Al-Isra' ayat 23 dan surah Loqman ayat 18, tentang pembentukan sikap anak didik kita. Ringkasnya dua ayat di atas mengenai taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa di samping tidak bersikap sombong dan memandang rendah orang lain.

Dalam mengarah tuju pendidikan sekarang, jangan kita lupa sumbangan jasa Allahyarham Aminuddin Baki dan Pendita Zainal Abidin Ahmad (Zaaba).

Dalam sejarah, orang dulu adalah cermin kita sekarang dan orang tua sepatutnya menjadi tempat rujukan kita semua.

Penulis ialah bekas Guru Besar, SK Bandar Temerloh dan juga Tokoh Guru Temerloh 1998
Sumber : Utusan Malaysia Online

Monday, April 26, 2010

PROGRAM CINTA NEGARA


SKBT,24 APRIL 2010-PROGRAM CINTA NEGERA TELAH DIADAKAN DI SKBT.

Program ini diadakan untuk mennyemai rasa cintakan negara Malaysia dan menanam semangat Patriotik dikalangan murid berkonsepkan IMalaysia.

Antara aktiviti yang diojalankan,

1.PERHIMPUAN-NYANYIAN LAGU NEGARAKU,SELAMAT SULTAN,LAGU SEKOLAH
2.GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH
3.MELAKSANAKAN KEMPEN MENANAM 26 JUTA POKOK
4.KUIZ KENEGRAAN
5.PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA
6.JAMUAN

Sunday, April 25, 2010

SKBT JUARA BERCERITA TAHAP 2 SAYEMBARA BAHASA MELAYU MSSZJ


Mohd Tareq muncul juara pertandingan bercerita tahap 2,dalam Sayembara Bahasa Melayu pada 15 April bertempat di SK KG Baru Tok Dor.Kemenangan ini,sekaligus membawa Mohd tareq ke Peringkat Daerah yang akan berlangsung pada 27 April 2010 di SK LUBUK KAWAH.
Semua warga sekolah dan Zon Jabi mendoakan kejayaan akan terus dirangkul.

KEJOHANAN MSSMZ JABI 2010


Kejohanan ini berlangsung pada 12 - 18 April di Dewan Sivik Pak Wong.Semua sekolah di Zon Jabi menyertai kejoahanan kali ini.SKBT masih menggungguli kejohanan tersebut,yang mana perseoranagn lelaki dan beregu lelaki dijuarai .

Thursday, April 1, 2010

Kejohanan Bolasepak B12 tahun MSSZJ



SKBT terus unggul dalam kejohanan bolasepak peringkat MSSZJ yang diadakan pada 22-26 Mac yag lalu.Pasukan yang dilatih oleh jurulatih tersohor Cikgu Mohd Rosle dan Cikgu Mohd Ruzimi.Pengurus yang berkaliber dan berpengalaman Cikgu Ab Rashid ,telah banyak membantu dalam mengelolakan pasukan ini.
Butiran perlawanan:
1.SKBT - SK ANAK IKAN ( 5 - 2)
2.SKBT - SK TEMPINIS ( 7 - 2)SUKU AKHR
3.SKBT - SK JABI ( 2 - 4)SEPARUH AKHIR

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBU BAPA,GURU-GURU,PARA PEMAIN YANG MENJAYAKAN PASUKAN INI.

Thursday, March 25, 2010

LAMAN PENDIDIKAN YG BERGUNA....


http://eduworld.com.my/news.php

Laman ini amat berguna untuk anak-anak kita yang masih bersekolah,kepada guru-guru dan juga ibu bapa.

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul


Pertingkatkan Amal Perbanyakkan Selawat......

Sunday, February 7, 2010

STAFF SKBT 2010


STAFF AKADEMIK SKBT 2010

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved