Wednesday, December 2, 2009

Salam Perpisahan....


Dalam dunia pendidikan waima dalam apa jua perkhidmatan kita tidak akan terlepas dari pertukaran.Pertukaran lumrah hidup.Pertukaran ke sekolah baru,akan menambah kawan baru.Pertukaran juga akan memberikan kita guru besar baru,sekolah baru,dan pendek kata semua baru.Selamat bertukar ke sekolah baru kepada cikgu-cikgu kita yang akan bertukar ke sekolah baru.Cikgu Che Zaidi bin Abu Bakar akan bertukar ke SK Seberang Jerteh,Cikgu Roslizah akan bertukar ke SK Alor Lintah dan Cikgu Rohani Mamat akan bertukar ke SK Teluk Ketapang,Ktg.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ketiga-tiga cikgu yang akan bertukar,jasa baik,khidmat bakti cikgu akan kami kenang.

Ucapan kami semoga:Semoga berbahagia di sekolah baru.

Catatan:Dimana-mana pun kita ditugaskan kita kan sentiasa bergelar cikgu...ingat kita bukan tukang kebun..

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved