Sunday, May 31, 2009

Saturday, May 30, 2009

Kelas Tambahan Masa Cuti semester 1 2009

Kelas Tambahan Masa cuti semester pertama adakan diadakan pada minggu pertama.Kelas tambahan ini juga dikenali sebagai Program Cuti Terancang.Kerjasama ibu bapa amatlah diharapkan untuk memastikan anak-anak hadir ke program ini.

Jadual Program Cuti Terancang: KLIK DI SINI

Monday, May 18, 2009

SEMAKAN PTK 2009


SEMAKAN KEPUTUSAN PTK 2009

Friday, May 15, 2009

KURSUS LDP SIRI 1/2009

Kursus LDP siri 1/2009 telah diadakan pada 16 /05/2009 ,di Makmal Komputer SK Bukit Tempurong.Kursus ini dihadiri oleh semua guru dan staff sokongan SKBT.Kursus ini dirasmikan oleh GPK 1,YM Tengku Zainal bin Raja Kadir.Tajuk kursus kali 1/2009 ini bertajuk"Literasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran"untuk slot 1(8.00-10.00pagi)disampaikan oleh En.Azmi Abdullah(Penyelarasa ICT SKBT).Selepas rehat kursus ini diteruskan dengan slot kedua bertajuk"Pengurusan MS POWER POINT dalam pembelajaran dan pengajaran-dikendalikan oleh En.Che Zaidi bin Abu Bakar(10.30-12.30tgh).Selepas rehat dan solat Zohor,Slot ketiga bertajuk"Hamparan Elektronik(MS EXCELL) dalam pendidikan disampaikan oleh En.Shamsul Badri bin Abdullah(2.30 -4.00 petang.Kursus ini berakhir jam 4.30 petang .
*SELAMAT HARI GURU*
****GURU PEMBINA BUDAYA BANGSA****

Thursday, May 14, 2009

Perkhemahan Kem UPSR 2009




Perkhemahan Kem UPSR buat julung kalinya telah diadakan pada 14- 16 Mei 2009.Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar,En.Abu Bakar Ismail pada jam 8.30 pagi (14 Mei 2009 bertempat di tapak perkhemahan .Menurut Penyelaras Program,(En.Che Zaidi bin Abu Bakar-Penyelaras UPSR SKBT) program ini adalah salah satu program ke arah mencapai 20 orang 5A UPSR.Target pertama program ini ialah mensasarkan pencapaian OTI 2 ,yang dijadualkan pada 20 Mei 2009.Turut menjayakan program ini ialah Tuan Hj.Zakaria bin Muhamad(Penyelia Kanan Unit Sek Rendah-PPD Besut) yang juga bekas murid tua sekolah ini.Kecaknaan beliau terhadap sekolah ini amatlah dihargai.
Pada pagi Sabtu ,16 Mei 2009-Kursus LDP diadakan di Makmal ICT SKBT.Kerjasama semua guru dan kakitangan amatlah dihargai dalam menjayakan program yang berlangsung selama dua hari ini.

Monday, May 4, 2009

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved