Tuesday, March 10, 2009

MESYUARAT BOLA BALING MSSMZJ

MESYUARAT BOLA BALING AKAN DIADAKAN PADA 12 MAC 2009.JAM 10.00 PAGI BERTEMPAT DI SK BUKIT TEMPURONG.
( SETIAUSAHA SUKAN SKBT EN ABD RASHID B ABD RAHMAN )

LATIHAN BOLASEPAK

JAM 4.30 PETANG
SAMBUTAN PELAJAR SKBT MENGIKUTI LATIHAN BOLASEPAK MENGGALAKKAN. MASING-MASING MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN DAN BERSEMANGAT. TQ KEPADA GURU YANG HADIR CIKGU AZMI, CIKGU RUZIMI DAN CIKGU ZULKIFLI. KEJOHANAN BOLASEPAK AKAN BERMULA PADA 22 MAC 2009 HARI AHAD.

Saturday, March 7, 2009

RENUNGAN DAN FIKIRLAH.......

Anak Belajar dari Kehidupannya..........
Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, dia belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi, dia belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang amat baik, dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dokongan, dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan
(Terjamahan karya: Dorothy Law Notle)

PEPERIKSAAN OTI 1 2009


Peperiksaan OTI 1 /2009 akan dilaksanakan pada 10/3/2009(Selasa,11/3/2009(Rabu),dan 12/03/2009(Khamis).Peperiksaan yang dijadualkan berjalan selama 3 hari itu akan dijalankan serentak di seluruh sekolah rendah di negeri Terengganu.Peperiksaan OTI 1 .ini amat penting untuk menguji tahap penguasaan murid dalam proses P&P.

Kepada ibu bapa,awasilah anak-anak dengan baik,pastikan anak-anak mendapat rehat dan keperluan yang secukupnya.Berilah anak-anak kita perangsang dan dorongan kepada anak-anak kita.Sesungguhnya anak-anak merupakan harta kita yang tidak ternilai harganya.

Pn.Norhashimah(Bertukar ke SK OH).....Guru Pra Sekolah


Pn.Norhasimah bt Yaakub merupakan seorang guru yang penuh dedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam mendidik anak didiknya.Pertukaran yang tidak diduga ,menyebabkan beliau menitriskan airmata sebaik sahaja menerima surat pertukaran.Apa pun selagi kita bergelar guru ,kita mesti menerima hakikat yang kita terpaksa bertugas dimana-mana sekolah jika diarahkan.Apapun Warga SK Bukit Tempurong,terpaksa merelakan pemergianmu.Selamat Menabur bakti di SK OH.Kepada Cikgu Zamri (drp SK Seberang Jerteh)selamat berkhidmat di SK Bukit Tempurong.
.....Berkhidmatlah kerana kita dilahirkan untuk menjadi GURU.....

Selamat Berkrusus KDP 14.....


Warga SK Bukit Tempurong,sekali lagi kehilangan dua guru yang berkaliber dan berdedikasi untuk 3 bulan kerana mengikuti Kursus KDP 14 Minggu di bawah PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN ANJURAN BPG - OPEN UNIVERSITY.Cikgu Shamsul Badri dan Ustaz Rosyamuddin Afenddy .Mulai berkursus pada 14 Feb.2009.Selamat Berkursus.

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved