Sunday, October 26, 2008

Lawatan Berinformasi ke Kuala Lumpur & Melaka



Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong,akan mengadakan lawatan berinformasi ke Kuala Lumpur dan Melaka.Lawatan ini merupakan aktiviti untuk murid tahun enam setelah tamat menduduki UPSR 2008.Rombongan dijangka bertolak pada 30 Oktober 2008 dan akan kembali semula pada pada 2 Sept.2008.Peserta rombongan yang terdiri daripada 40 orang murid akan melawat Putrajaya,Sekitar Kuala Lumpur,Shah Alam dan Ke Bandaraya Melaka.

Tahniah dan Syabas kepada, Cikgu Ruzimi,Cikgu Roslizah,Cikgu Sharifah Aini,dan Ustaz Rosyamuddin serta semua tenaga kerja lawatan ini.Sesungguhnya kerja kuat anda sememangnya patut dipuji dan dihargai.Sesungguhnya kejayaan pasti ada dugaan,ingatlah dalam apa jua perancangan ada pihak cuba menggagalkan hasrat murni ini.

Menurut penasihat khas program ini,En.Azmi Abdullah,sebagaimana berkata"Sememangnya program ini merupakan satu program yang baik,anggapalah ini satu hadiah kepada murid kita selepas UPSR,dalam apa jua program biasalah ada pihak yang irihati,dengki dan sebagainya..anggaplah itu dugaan".

Sekali lagi,Tahniah dan Syabas kepada Guru Besar,GPK 1,GPK Hem,GPK KK dan semua yang memberi sokongan dalam menjayakan program lawatan ini.

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved