Friday, May 25, 2007

Sejarah Sekolah




Ditubuhkan pada 05.01.1951 dengan nama Sek. Melayu Bukit Tempurong, sempena nama tapak asalnya iaitu di Kg. Bukit Tempurong, Mukim Kerandang, Besut, Terengganu. Asalnya sebuah bangunan kayu bertiangkan batang nibong dan didirikan secara bergotong-royong di atas tanah seorang penduduk kampung. Murid asal 35 orang dari darjah 1 hingga 6, diajar oleh empat orang guru. Tahun 1961, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menukar nama Sek. Melayu Bukit Tempurong menjadi Sek Rakyat Bukit Tempurong dan seterusnya ditukarkan kepada nama Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong.

Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong terletak kira-kira 106 km dari bandar Kuala Terengganu,12 KM daripada PPD Besut. Lokasinya terletak di Kampung Kerandang kira-kira 10 km dari bandar Jerteh.

Tahun 1962, bangunan sekolah asal telah runtuh akibat dipukul ribut yang kuat dan ditutup buat sementera waktu. Atas anisiatif Guru Kumpulan (Penyelia) pada masa itu, iaitu En. Wan Sulaiman b. Ibrahim, beliau telah membuat tinjauan bagi menempatkan murid-murid sekolah tersebut ke sekolah-sekolah lain. Sekolah yang dicadangkan ialah Sekolah Kerandang dan Sekolah Tempinis. Atas desakan penduduk kampung dan rasa simpati, rancangan itu telah dibatalkan kerana jauh dan melalui hutan rimba serta berpaya. Sehubungan itu sebuah bangunan konkrit 4 bilik darjah (sekolah) telah dibina di tapak baru di atas tanah rizab pemeliharaan ternakan seluas 5 ekar, terletak di Kg. Tasek Mengkuang, Kerandang, Besut. Bangunan tersebut siap dibina pada tahun 1963. Pengasas sekolah ini ialah En. Mohamad bin Latif (Ketua Kampung Kerandang pada masa itu). Beliau dibantu oleh En. Wan Ismail bin Wan Deramat, En. Mohamad bin Abdullah dan En Salleh bin Jonid (Penghulu).Sekarang sekolah ini ditadbir oleh En.Abu Bakar bin Ismail [GB],Ym.Tg Zainal bin Raja Kadir[GPK1],Pn.Hjh Halimahtun bt Zainal[GPK HEM],Pn.Hjh Che Zaharah bt Sulong[GPK KK].Jumlah guru terlatih seramai 25 orang dan 4 orang staff sokongan.

No comments:

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved