Thursday, October 4, 2007

MAJLIS SUMBANGAN DUIT RAYA

KEPADA SEMUA PELAJAR SK BUKIT TEMPURONG,MAJLIS PEMBAHAGIAN DUIT RAYA AKAN DISEMPURNAKAN OLEH TN GURU BESAR PADA;HARI RABU(10 OKTOBER 2007).SEMUA PELAJAR DIMINTA HADIR KE SEKOLAH.

SELAMAT HARI RAYA ....MAAF ZAHIR BATIN...DRP WARGA SK BUKIT TEMPURONG.

Friday, September 28, 2007










Google







 
























Salam Aidil Fitri ......


Kami semua warga SK BUKIT TEMPURONG,ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin,kepada semua tidak kira dimana jua kita berada.Dalam kita bergembira ada juga warga sekolah kita yang berduka akibat kemalangan yang menimpa,kes letupan akibat semburan aerosol yang menimpa adik WAM MOHD MUSLIM BIN KASWADINATA (6C) amat memilukan,namun berbanyak terima kasih kepada wakil warga SKBT yang berkunjung ke HUSM ,adalah satu sikap yang amat dipuji.sesiapa yang menziarahinya pasti akan menitiskan air mata...Kepada keluarga adik Wan Mohd Muslim,tabahlah menghadapi ujian daripada Allah Taala,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Thursday, September 20, 2007

MUTIARA KATA

Lidah seorang yg bijak berada dibelakang hatinya..namun lidah pendusta berada didepan hatinya..."Itulah sebabnya orang bijak akan selalu memikirkan setiap kata yang akan diucapkan...

Kadang kala kita dilahirkan dalam keadaan fakir miskin, kerana Tuhan mengkehendaki kita belajar bersemangat pantang mundur dan berlatih keberanian diri...

Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu..

Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini...pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang....

Setitis airmata menyatukan aku dengan mereka yang patah hati, seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahgiaanku dalam keberadaan...... Aku merasa lehih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan....Jika aku hidup menjemukan dan putus asa......

Kalau kita mencari sisi baik dalam diri orang lain, kita akan menemukan sisi terbaik dalam diri kita..

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Tuhan....

Keredhaan hati menuntun pada kekuatan bukan kelemahan. Mengakui kesalahan dan melakukan perubahan pada kesalahan adalah bentuk tertinggi dari penghormatan pada diri sendiri..

Sikap yang baik adalah tidak mengganggap diri lebih tinggi dari orang lain....

Apabila ada orang lain yang bersikap sombong dan menghina, kita akan lebih mulia apabila kita menjadi orang yang selalu memaafkan...

Orang yang selalu bersyukur adalah orang yang selalu tahu berterima kasih....

Sering2lah mengingati Kebaikan orang dibandikan mengingati keburukannya...

Makin ingin dipuji, makin ingin dihormati, makin ingin dihargai, ....maka akan makin sering sakit hati..

Bersyukur itu penting dan mutlak. Tiada bersyukur maka tiada bahagia....

Jalani Hidup Sulit Lebih Dulu Sebelum Merasakan Hidup Senang..

Barang Siapa yang Menyembunyikan Kebencian Dengan Perkataan Bohong itu adalah Kebodohan dan Keburukan....

Bencana Ilmu Adalah Lupa,,,

Doa adalah Suara Iman Dan Senjata Paling Ampuh...

Apa yang kamu tidak ingin dilakukan orang kepadamu, jangan lah kamu lakukan pada orang lain..

Bukti Cinta Terbaik Adalah Kepercayaan...

Lelaki Berani mungkin akan Kalah tetapi tidak akan Mengalah..

Berhati-hati lah dengan Kemarahan seorang yang sedang Sabar..

Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & Kegagalan sendiri daripada menunding kesalahan kepada pihak lain...

Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan luas...

Saturday, July 21, 2007

Monday, May 28, 2007

Friday, May 25, 2007

Masa itu Emas...

Ruangan Forum ....








SELAMAT HARI GURU

Majlis Sambutan hari guru Peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis(17 Jun 2007)Majlis bermula pada jam 8.00 pagi,dengan bacaan perutusan ketua pengarah,Perutusan Menteri Pelajaran,Seterusnya ucapan wakil murid dan majlis perasmian oleh Guru Besar.Seterusnya acara padang,dikendalikan oleh SU sukan SKBT ,En.Abd Rashid ,acara sukaneka dipertandingkan.
Tepat jam 11.45 acara padang berakhir.Majlis disambung dengan acara persembahan murid 4Bestari,cabutan bertuah,dan hadiah tukar-tukar sesama guru.Guru-guru diraikan dengan jamuan oleh Murid pengawas pusat sumber.Majlis berakhir jam 1.10 tgh.

SELAMAT HARI GURU -"GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG,TERIMA KASIH CIKGU"

Misi Sekolah


Melahirkan Pelajar Yang Berkualiti Merangkumi Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelektual melalui Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan.

Visi Sekolah


Menjadikan SK Bukit Tempurong ,Sekolah Cemerlang Dalam Kurikulum dan Kokurikulum di Zon Besut Tengah.

Sejarah Sekolah




Ditubuhkan pada 05.01.1951 dengan nama Sek. Melayu Bukit Tempurong, sempena nama tapak asalnya iaitu di Kg. Bukit Tempurong, Mukim Kerandang, Besut, Terengganu. Asalnya sebuah bangunan kayu bertiangkan batang nibong dan didirikan secara bergotong-royong di atas tanah seorang penduduk kampung. Murid asal 35 orang dari darjah 1 hingga 6, diajar oleh empat orang guru. Tahun 1961, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menukar nama Sek. Melayu Bukit Tempurong menjadi Sek Rakyat Bukit Tempurong dan seterusnya ditukarkan kepada nama Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong.

Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong terletak kira-kira 106 km dari bandar Kuala Terengganu,12 KM daripada PPD Besut. Lokasinya terletak di Kampung Kerandang kira-kira 10 km dari bandar Jerteh.

Tahun 1962, bangunan sekolah asal telah runtuh akibat dipukul ribut yang kuat dan ditutup buat sementera waktu. Atas anisiatif Guru Kumpulan (Penyelia) pada masa itu, iaitu En. Wan Sulaiman b. Ibrahim, beliau telah membuat tinjauan bagi menempatkan murid-murid sekolah tersebut ke sekolah-sekolah lain. Sekolah yang dicadangkan ialah Sekolah Kerandang dan Sekolah Tempinis. Atas desakan penduduk kampung dan rasa simpati, rancangan itu telah dibatalkan kerana jauh dan melalui hutan rimba serta berpaya. Sehubungan itu sebuah bangunan konkrit 4 bilik darjah (sekolah) telah dibina di tapak baru di atas tanah rizab pemeliharaan ternakan seluas 5 ekar, terletak di Kg. Tasek Mengkuang, Kerandang, Besut. Bangunan tersebut siap dibina pada tahun 1963. Pengasas sekolah ini ialah En. Mohamad bin Latif (Ketua Kampung Kerandang pada masa itu). Beliau dibantu oleh En. Wan Ismail bin Wan Deramat, En. Mohamad bin Abdullah dan En Salleh bin Jonid (Penghulu).Sekarang sekolah ini ditadbir oleh En.Abu Bakar bin Ismail [GB],Ym.Tg Zainal bin Raja Kadir[GPK1],Pn.Hjh Halimahtun bt Zainal[GPK HEM],Pn.Hjh Che Zaharah bt Sulong[GPK KK].Jumlah guru terlatih seramai 25 orang dan 4 orang staff sokongan.

Maklumat Guru & Staff

Carta Oganisasi



Lencana Sekolah


Lencana Sekolah..Lambang Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong.

PENAFIAN

PENAFIAN:Admin Blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.Copyright © 2008 SK Bukit Tempurong. All rights reserved